Travel
Youtuber terkenal disaman gara2 muat naik menu tulisan tangan Garuda Indonesia
Di Indonesia kecoh apabila seorang Youtuber terkenal di negara tersebut telah menimbulkan kemarahan salah sebuah syarikat penerbangan terbesar di sana.
Wakil dari Garuda Indonesia telah menyaman Youtuber, Rius Vernandes setelah memuat naik sebuah video yang memperlihatkan menu tulisan tangan bagi kelas bisnes.
Video yang telah dimuat naik di Instagram Vernandes beserta bersama kapsyen yang berbunyi “Menu tersebut masih lagi dalam proses dicetak”.
Walau bagaimanapun, video pendek di Instagram tersebut telah menimbulkan cakap-cakap yang negatif di ruangan komen. Seterusnya, pada 14 Julai, Vernandes telah memuat naik sebuah lagi video di Youtube menjelaskan sebenar-benarnya motif video tersebut dirakam.
Video tersebut yang tular telah mengundang netizen untuk mengejek servis dari syarikat penerbangan tersebut yang dikatakan teruk dan tidak patut berlaku.
Setelah menerima kecaman dari netizen, Vernandes sama sekali tidak menyangka akan menerima surat dari pihak Garuda Indonesia serta saman dari pihak polis.
Vernandes di laman Instagramnya memaklumkan dia disaman atas tuduhan memfitnah dan menegaskan sama sekali tidak berniat untuk mengutuk mana-mana pihak. Dia juga meminta kerjasama semua untuk terus menyokong memandangkan dia hanya cuba memberi ulasan yang betul-betul ikhlas dan kritikian membina.
Menurut Garuda pula, menu tulisan tangan tersebut adalah bukan untuk diberikan kepada penumpang tapi ianya adalah untuk kegunaan peribadi anggota kru kabin yang bertugas.
Susulan dari kes tersebut, pihak Garuda Indonesia telah mengetatkan lagi kawalan di dalam kapal terbang dan tidak membenarkan sama sekali penumpangnya untuk mengambil video serta gambar sewaktu penerbangan.
Jadi korang lepas ni kena hati-hati, salah rakam boleh bawak padah dekat diri sendiri.
Sumber: Mashable Se Asia
-
Travel5 years ago
Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi
-
Foodie4 years ago
Khas untuk si ‘single’ ! Restoran Johor buat perkhidmatan carikan teman makan bersama
-
Foodie5 years ago
Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’
-
Foodie4 years ago
Giliran Malaysia pula, Hello Kitty Carrier bakal dijual pada 27 November di McDonald’s
-
Foodie5 years ago
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
-
Travel4 years ago
Kain ditenun penduduk, Garuda Indonesia perkenal uniform baru
-
Travel4 years ago
18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan
-
Channel5 years ago
Roti Tsunami Pak Ali, Pantai Dalam Kuala Lumpur
You must be logged in to post a comment Login