Connect with us

Foodie

Xing Fu Tang Indonesia dah dapat sijil halal, JAKIM minta rakyat Malaysia jangan keliru

Published

on

Minuman bubble tea masih lagi menjadi kegemaran rakyat Malaysia dan semakin banyak kedai minuman tersebut yang dibuka dan bersaing sengit antara satu sama lain dalam menghasilkan bubble tea yang terbaik.

Walau bagaimanapun, kebanyakan produk tersebut masih belum mendapat status halal dari pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan perkara ini telah menimbulkan kegusaran serta kekeliruan dalam kalangan penggemarnya yang beragama Islam.

Namun beberapa hari lepas, jenama bubble tea Xing Fu Tang telah memuat naik status mengatakan produknya telah mendapat persijilan halal.

Xing Fu Tang Indonesia, halal

Di samping ramai yang bergembira dan berasa lega tentang perkhabaran tersebut, ramai juga yang mempersoalkan tentang perakuan sijil halal tersebut yang dikeluarkan oleh Majlis Ulama Indonesia atau dipanggil MUI.

Sijil halal dari Majlis Ulama Indonesia sememangnya diperakui oleh pihak JAKIM, namun ianya dikatakan tidak boleh diakui kerana minuman Xing Fu Tang Malaysia adalah dihasilkan di Malaysia, bukan di Indonesia.

Sehingga hari ini, premis makanan Xing Fu Tang di Malaysia masih belum memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia….

Posted by Bahagian Hab Halal, JAKIM on Sunday, July 21, 2019

Jakim telah mengeluarkan penjelasan di laman Facebook rasmi di bahagian hab halal miliknya menegaskan tentang

“Produk yang dikilangkan serta premis makanan yang berada di Malaysia perlu memperoleh Sijil Pengesahan Halal Malaysia terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan pengguna.”

Pihak Xing Fu Tang juga boleh dikenakan tindakan oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kerana telah cuba mengetengahkan produknya sebagai produknya adalah halal walaupun tanpa sijil Halal.

Xing Fu Tang Malaysia berisiko didenda oleh KPDNHEP kerana dikatakan cuba memperihal produknya di Malaysia sebagai Halal…

Posted by Bilal Jailani on Sunday, July 21, 2019

“Di Malaysia, pihak berkuasa wibawa Halal adalah Jakim dan JAIN. Tiada pihak boleh mengesahkan Halal selain dua badan ini. Hanya produk import saja yang boleh mempamerkan sijil Halal luar negara. Produk tempatan tidak boleh mempamerkan sijil Halal luar negara, melainkan disertai logo Halal Jakim/JAIN.”

Dinasihatkan penggemar minuman ini tidak bergaduh sesama sendiri dan berfikir secara rasional berkaitan halal haram sesuatu yang akan menjadi sebahagian dari darah daging kita.

Sumber: JAKIM, Bilal Jailani

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending