Foodie
Resepi mudah Puding Oreo Milo viral, hanya guna 5 bahan sahaja!
Puding memang glamor dari dulu lagi, mana tidaknya rasa sedap di tekak itu pasti buatkan anda jatuh cinta dengan puding.
Dengan tekstur yang lembut, manis dan sangat sesuai dimakan tidak kira kanak-kanak mahupun kalangan orang dewasa, anda pasti perasan terdapat banyak jenis puding sekarang.
Di laman Facebook, seorang wanita yang dikenali sebagai Noraslinda Bugal telah berkongsi resepi mudah Puding Oreo Milo viral yang hanya menggunakan lima bahan sahaja. Wowww!
Bahan-bahan diperlukan
Antara bahan yang diperlukan ialah 1 paket serbuk agar-agar (10 gram), 800ml susu segar (susu Dutch Lady Full Cream), 150 gram gula pasir, 8 keping biskut Oreo dan 2 sudu besar Milo.
Cara penyediaan
- Satukan serbuk agar-agar, susu segar dan gula pasir di dalam periuk. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih (pastikan sentiasa kacau).
- Buang krim pada biskut Oreo dan hancurkan biskut (jangan terlalu halus).
- Acuan dibasahkan dengan air supaya puding mudah dikeluarkan. Tuang biskut tadi ke dalam acuan.
- Tapis agar-agar dan tuang ke dalam acuan (jangan tuang habis, tinggalkan sedikit untuk lapisan milo).
- Gunakan garfu, kacau adunan agar-agar di dalam acuan supaya Oreo merata dan tidak mendap di bahagian bawah acuan. Kemudian, ketepikan.
- Panaskan baki agar-agar susu tadi dan masukkan milo. Kacau sehingga milo hancur dan sebati.
- Tapis dan tuang secara perlahan-lahan di atas agar-agar Oreo. Sejukkan dan sedia dihidang.
Siap! Tak sabar nak makan!
Sumber : Noraslinda Bugal
-
Travel4 years ago
Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi
-
Foodie4 years ago
Khas untuk si ‘single’ ! Restoran Johor buat perkhidmatan carikan teman makan bersama
-
Foodie4 years ago
Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’
-
Foodie4 years ago
Giliran Malaysia pula, Hello Kitty Carrier bakal dijual pada 27 November di McDonald’s
-
Foodie4 years ago
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
-
Travel4 years ago
Kain ditenun penduduk, Garuda Indonesia perkenal uniform baru
-
Channel5 years ago
Roti Tsunami Pak Ali, Pantai Dalam Kuala Lumpur
-
Travel4 years ago
18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan
You must be logged in to post a comment Login