Connect with us

Foodie

Wajib cuba resipi sambal bawang enak dan tahan lama, bulan puasa ini! ‘Confirm’ ketagih!

May Ai Mui

Published

on

Tidak dinafikan bahawa masyarakat Malaysia gemar menikmati makanan dengan sambal. Contohnya, sambal udang petai, nasi lemak dan sambal masak merah yang merupakan kegemaran orang ramai.

Sambal boleh dikatakan sebagai pelengkap hidangan tempatan, malah ianya membantu meningkatkan selera ketika menjamu makanan.

Seorang pengguna laman sosial, Cik Pooja telah berkongsi resipinya membuat sambal bawang yang enak dan tahan lama. Berikut merupakan bahan dan cara-caranya.

Bahan2

Antara bahan yang diperlukan ialah 3 labu bawang besar, 5 biji cili besar, 2 biji tomato, segenggam cili kampung (hijau), 1/2 genggam cili Vietnam, seketul belacan (saiz duit 0.50 sen).

Pastikan semua bahan tersebut telah dibasuh dan dibersihkan sebelum digoreng.

Cara2

1. Panaskan minyak dan goreng semua bahan tersebut menggunakan 1 cawan minyak masak, sehingga ianya lembik dan lebam.

2. Setelah itu, masukkan bahan yang digoreng tadi bersama dengan minyak gorengan ke dalam pengisar. Kemudian, anda boleh masukkan secubit garam dan sedikit Ajinomoto. Penggunaan penambah perisa tersebut boleh digantikan dengan gula.

3. Selepas itu, kisar 2 hingga 3 kali sahaja, supaya sambal tidak terlalu halus dan hancur. 

4. Seterusnya, anda boleh masukkan sambal tersebut ke dalam kuali semula untuk dimasak selama 3 hingga 4 minit. 

5. Akhir sekali, sambal siap untuk dinikmati dan boleh disimpan dalam peti ais supaya ianya tahan lama.

Sumber: Cik Pooja 

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending