Connect with us

Foodie

Wajah 8 ikon Malaysia diukir atas biskut Jacob’s sempena merdeka

Published

on

Sempena sambutan merdeka tahun ini, jenama biskut yang menjadi pilihan ramai iaitu Jacob’s memilih lapan ikon Malaysia sempena kempen Jacob’s The Original Cream Cracker Meraikan Ikon Original Malaysia.

Menerusi kempen yang berlangsung hingga 16 September (Hari Malaysia), wajah lapan ikon tersebut dilakar dan diukir atas biskut Jacob’s. Eh rasa sayang pulak nak makan!

Kempen tersebut dilancarkan menerusi empat medium iaitu iklan, video di sebalik tabir, sarung istimewa Jacob’s Krim Kraker Original dan cenderahati peribadi Kraker.

Lapan ikon bagi mengiktiraf pencapaian masing-masing adalah Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman; Seniman Agung, Tan Sri P Ramlee; ratu skuasy negara, Datuk Nicol David dan ratu gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi.

Selain itu, wanita Malaysia pertama menawan Gunung Everest, Marina Ahmad; polis wanita pertama mengetuai Unit Anti Jenayah di Pulau Pinang, A Chandramalar; bintang Youtube Malaysia pertama mendapat sejuta pengikut, Bram Lee dan rakyat Malaysia pertama memasuki rancangan Asia’s Got Talent, Yaashwin Sarawanan atau ‘Manusia Kalkulator’.

Sumber : BH Online , Jacob’s Malaysia

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending