Travel
“Betul2 macam dalam drama!” -Gadis terpegun lihat Kota Balkan
Balkan adalah destinasi kegemaran pelancong jika mereka berkunjung ke Eropah. Negara seperti Greece, Romania, Bulgaria, Serbia, Macedonia, Montenegro, Bosnia & Herzegovina, Kosovo, Turki, Croatia dan Albania adalah termasuk dalam wilayah Balkan.
Seorang warga laman Facebook, Cik Fuza berkongsi serba ringkas perjalanannya bersama rakan-rakannya ke Balkan yang hampir tiga minggu.
1. Perjalanan
Menurut Fuza, mereka telah menaiki pengangkutan udara hinggalah air dalam trip redah dan terjah kali ini. Mereka menaiki penerbangan sebanyak enam kali, feri, gondola dan pengangkutan darat dalam trip mereka kali ini.
2. Penginapan
Fuza telah menginap di beberapa buah pusat penginapan sepanjang percutiannya di Balkan. Lokasi penginapan yang dipilihnya adalah sangat strategik dan mudah untuk diakses, lebih-lebih lagi jika menggunakan pengangkutan awam.
Beberapa buah pusat penginapan yang dicadangkan oleh gadis ini:
- Antonia Apartment, Fira
- Hotel Xyfontus Apartment
- Ramada Hotel
- Calla Bella Aapartment
- Cleon Hotel
- Airbnb Zaki
- Airbnb Tarik
- Pigeon Hostel
- Hotel di Sultanahmet
3. Aktiviti
Fuza berkata kerana trip ini adalah redah dan terjah, tidak banyak tempat yang dapat dikunjungi kerana mereka tidak melakukan research sebelum ke sana.
Hanya beberapa tempat sahaja yang dapat dikunjungi oleh geng redah dan terjah ini di Balkan. Berjalan-jalan ke Oia, Santorini yang semenangnya sangat popular lebih-lebih lagi pada waktu petang kerana pemandangan sunset yang cantik.
Acropolis
Bandar terbesar di Bulgaria, bandar Sofia.
Skopje adalah bandar yang terbesar serta merupakan ibu negara bagi North Macedonia, dan terdapat banyak arca yang terkenal salah satunya adalah, Alexander The Great.
Makanan halal juga mudah didapati di bandar ini dan Masjid Pasha, yang merupakan masjid era Uthmaniyyah yang terletak di bazar lama Skopje.
Walaupun tidak lama berada di Prizren, mereka sempat untuk berjalan-jalan ke masjid dan bandar lama di sana.
Melalui Gjakove mereka telah menaiki feri melalui Komani Lake yang memerlukan mereka untuk berjalan kaki apabila tiba di jeti.
Jika sampai ke sini, bolehlah untuk mengunjungi kubur mangsa perang Bosnia yang rata-rata meninggal pada tahun 1992-1993.
Selain itu, boleh juga melawat muzium perang serta merasai makanan tradisional cevapi yang popular di bandar ini.
Anda bolehlah pergi ke bazar rempah dan menaiki gondola untuk melihat pemandangan yang berdekatan dengan area Masjid Abu Ayub Al-Ansari.
4. Makanan
Jangan risau soal makanan kerana makanan halal mudah didapati dan hanya segelintir tempat sahaja agak sukar untuk mendapatkannya.
5. Bajet
Secara kesuluruhannya, percutian ke Balkan selama 18 hari hanya menggunakan badjet RM7,000. Bajet yang disenaraikan sudah termasuk dengan tiket penerbangan dari pulang balik dari Kuala Lumpur ke sana.
- Shuttle van dari airport – 10 EURO/per ul
- Metro/Taxi dari hotel ke acropolis – RM38 EURO
- Masuk acropolis – 20 EURO/per
- Tiket sofia ke skopje – RM16 EURO/per
- Local host pick up – 25 EURO/per
Sumber : Cik Fuza
-
Travel2 years ago
Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi
-
Foodie1 year ago
Khas untuk si ‘single’ ! Restoran Johor buat perkhidmatan carikan teman makan bersama
-
Foodie2 years ago
Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’
-
Foodie1 year ago
Giliran Malaysia pula, Hello Kitty Carrier bakal dijual pada 27 November di McDonald’s
-
Travel1 year ago
Kain ditenun penduduk, Garuda Indonesia perkenal uniform baru
-
Foodie2 years ago
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
-
Channel2 years ago
Roti Tsunami Pak Ali, Pantai Dalam Kuala Lumpur
-
Travel1 year ago
18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan
You must be logged in to post a comment Login