Connect with us

Travel

Travel ke New Zealand selama 15 hari dengan bajet kasar RM4k!

Published

on

Bercuti ke luar negara dengan pemandangan yang indah dan memukau lebih-lebih lagi ke destinasi pilihan kita memang menjadi impian orang ramai.

Negara New Zealand sudah semestinya menjadi destinasi impin tetapi kerana bajet merupakan antara perkara yang harus diambil kira disebabkan tukaran matawang yang tinggi.

Seorang gadis yang dikenali sebagai @Nurfatinzakki di laman Twitter , telah memuatnaik percutiannya ke New Zealand bersama tiga rakannya yang lain dengan hanya memerlukan bajet kasar sebanyak RM4,000 untuk seorang.

Bajet itu termasuklah tiket penerbangan pergi dan balik dari Kuala Lumpur, kereta sewa dan minyak, kad sim dan penginapan.

Kos penerbangan

Tiket penerbangan yang dibeli oleh gadis ini dan rakannya adalah semasa AirAsia sale dengan kos RM1,661 bagi tiket penerbangan pulang balik.

Mereka juga bernasib baik kerana penerbangan yang dinaiki mereka adalah penerbangan terakhir AirAsia pergi dan balik ke Auckland, New Zealand.

Penginapan

Fatin dan rakan-rakannya menginap di tiga tempat penginapan sepanjang berada di sana yang memang sangat unik dan menjadi impian bagi traveller.

Pusat penginapan yang disyorkan oleh sepanjang berada di sana ialah:

  • AirBnb campervan
  • The Backyard
  • Rainbow Lodge Backpackers

Hari 1:

  • Tiba di Auckland.
  • Ambil kereta sewa (ditempah awal melalui EZI Car Rental).
  • Pergi ke Matamata (perjalanan dua jam dari airport).
  • Check in AirBnb – menginap di campervan.

Hari 2:

  • Bergerak ke Hobbiton (perjalanan hanya 15 minit sahaja).
  • Hobbiton Tour (2 jam) – tiket masuk RM227.
  • Destinasi kedua, Rotorua.
  • The Redwoods, destinasi wajib (kena bayar).
  • Check in di The Backyard (chalet dua tingkat).
  • Pak’nSave – beli barang dapur untuk dinner & breakfast.

Hari 3:

Whakarewarewa Tour 

  • Whakarewarewa The Living Maori Village (tiket masuk NZD45).
  • Huka Falls.
  • Check in dekat Rainbow Lodge Backpackers, berdepan dengan Lake Taupo.
  • Bergerak ke Whakarewarewa – The Living Maori Village.
  • Mendalami budaya Maori dan warisan kampung.
  • Pergi ke boiling mud pools.
  • Persembahan kebudayaan oleh kaum Maori.

Sumber : Nurfatinzakki

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending