Connect with us

Travel

Travel 4 negeri di Jepun selama 6H5M dengan bajet RM2,900!

Published

on

Jika anda dalam perancangan untuk bercuti bersama rakan-rakan, apa kata masukkan negara matahari terbit ini ke dalam list anda.

Negara Jepun sering menjadi destinasi pilihan untuk bercuti, lebih-lebih banyak tempat menarik di sana dan persekitaran negara itu yang sangat bersih.

Seorang gadis yang dikenali sebagai Faraafadzli, telah memuat naik percutiannya ke Jepun bersama empat rakannya selama 6 hari 5 malam dengan bajet RM2,900 yang juga termasuk tiket penerbangan pergi dan balik.

Kos penerbangan

Tiket penerbangan yang dibeli oleh gadis ini dan rakannya adalah semasa AirAsia sale dengan kos RM794 bagi tiket penerbangan pulang balik dan termasuk dengan kos pembelian extra baggage.

Penginapan

Fara dan rakan-rakannya menginap di tiga tempat penginapan sepanjang berada di sana.

Pusat penginapan yang disyorkan oleh gadis ini:

  • Guesthouse Kobe Sannomiya, pusat penginapan hanya untuk wanita
  • Japanese Style Room di Kyoto dimiliki oleh Haruka
  • Studio di Sakuragawa, Namba dimiliki oleh Masahito

Perbelanjaan

Kos yang dibelanjakan oleh Fara sepanjang berada 6 hari 5 malam di Jepun ialah rm2,900 yang termasuk tiket penerbangan, makan dan minum dan ole-ole.

Hari 1: Berlepas dari Kuala Lumpur

  • Berlepas dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai.
  • Makan dalam flight RM25.
  • Check in di Guesthouse Kobe Sannomiya.
  • Menaiki keretapi dari Nankai Airport Express ke Namba, Osaka, tiket berharga RM40 (via Klook)

Hari 2: Universal Studios, Japan

  • Menaiki train ke Universal Studios (RM30).
  • Tiket masuk adalah RM320 yang dibeli (via Klook)
  • Makan RM60.

Hari 3: Osaka Tour

Osaka Tour (Tiket masuk RM104)

  • Museum of Housing and Living.
  • Osaka Castle.
  • Osaka City Centre.
  • Umenda Sky Building.
  • Umeda’s views of Osaka.
  • Dotonbori River Cruise.
  • Makan di Halal Restaurant Naritaya Osaka (RM85).

Hari 4: Nara Tour

  • Nara Deer Park (RM4).
  • Berjalan-jalan sekitar Nara.
  • Nara Imamikadocho
  • Isuien Garden
  • Nara Station (JR West Pass RM180)
  • Makan (RM50).
  • Tiket bas RM18.

Hari 5: Kyoto Tour

  • Check in di Japanese Style Room.
  • Breakfast RM16
  • Bas ke Stesen Kyoto RM9.
  • Loker bag RM9.
  • Saga Arashiyama, the bamboo forest
  • Sekitar perkampungan di Kyoto
  • Fushimi Inari Shrine
  • Torii Gates
  • Mario Kart

Hari 6: Kobe Tour

  • Loker RM15.
  • Bus ke Arimaosen Stesen RM32.
  • Rokko Arima Ropeway RM72.
  • Gunung Rokko ari Arima Onsen
  • Gunung Rokko, Kobe
  • Rokko Shidare Observatory
  • Bergerak ke lapangan terbang, Nankai Airport Express RM40 (via Klook)
  • Makan RM65

Sumber : Faraafadzli

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending