Connect with us

Foodie

Terlebih masin, KKM senaraikan hidangan yang tinggi kandungan garam

Avatar

Published

on

Sempena dengan Minggu Kesedaran Garam 2019, laman rasmi KKM Putrajaya telah memuat naik posting menyarankan rakyat Malaysia untuk mengawal pengambilan 7 senarai makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi.

Melalui muat naik tersebut, difahamkan bahawa makanan tersebut mempunyai kandungan garam yang tinggi kerana berpunca daripada penggunaan sos dan perencah yang banyak.

Semua makanan favourite...

https://twitter.com/KKMPutrajaya/status/1118299525288988672

Antara makanan yang tersenarai ialah mee kolok, mee kari, sayur goreng sos tiram, mee segera goreng, mee sup dan sayur goreng ikan masin serta nasi goreng.

Nampaknya kesemua makanan tersebut adalah kegemaran rakyat Malaysia dan sering dinikmati oleh orang ramai tidak kira waktu dan tempat.

Garam berlebihan boleh memudaratkan kesihatan!

Pengambilan makanan yang mempunyai kandungan garam berlebihan boleh meningkatkan risiko penyakit seperti penyakit jantung, strok, hipertensi dan banyak lagi.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan mengambil makanan tersebut secara sederhana untuk mengelakkan penyakit merbahaya.

Sebelum itu, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, YB Dr. Lee Boon Chye telah merasmikan Majlis Sambutan Minggu Kesedaran Garam Sedunia 2019 yang bertempat di The Summer Shopping Mall, Sarawak pada 13 April yang lalu.

Sumber: KKM Putrajaya

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending