Connect with us

Foodie

Terlalu minat ‘Bubble Tea’, gadis ini pakai kostum ‘minuman’ sewaktu graduasi

Published

on

Kerana terlalu meminati minuman bubble tea, seorang gadis dari Filipina yang dikenali sebagai Em Zuniga telah memuat naik sebuah foto yang menunjukkan dia berpakaian sebagai ‘bubble tea’ semasa majlis konvokesyennya.

Berikutan itu, foto tersebut telah tular di media sosial sehinggakan ia telah mencecah 1,900 tanda suka (likes) dan dikongsi oleh 4,600 pengguna Facebook.

Amboi, terus jadi bubble girl!

Menerusi foto tersebut, gadis ini telah memakai dress berwarna krim, manakala di bahagian bawahnya dihiasi dengan bentuk bulat berwarna hitam, sebagai simbol ‘boba pearls’.

Pakaiannya juga dilengkapkan dengan penyedut minuman di atas kepala, sambil memegang minuman ‘bubble tea’.

Milk tea is life!

Menerusi wawancaranya bersama portal Coconuts Manila, gadis itu memberitahu bahawa dia adalah peminat ‘bubble tea’ sejak dari sekolah menengah, dan minuman tersebut telah membantunya untuk menenangkan diri dan melegakan tekanan.

Maka, tercetuslah idea untuk berpakaian sebagai ‘bubble tea’ sempena majlis konvokesyennya.

Pada mulanya, ahli keluarga Zunaiga berasa terkejut dengan pakaian anaknya, namun mereka tidak menyangka bahawa foto tersebut akan mendapat perhatian di media sosial.

Sumber: World Of Buzz

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending