Travel
Tempat wajib yang harus dikunjungi jika anda ke bandar Ho Chi Minh, Vietnam
Negara Vietnam seringkali menjadi pilihan rakyat Malaysia sekiranya ingin bercuti ke luar negara. Justeru, ramai mengenali negara tersebut dan mempunyai pengetahuan asas tentang negara itu.
Negara komunis ini antara negara yang mempunyai pengguna motorsikal paling ramai di dunia. Walaupun ibu kotanya adalah Hanoi, namun bandar terbesar di Vietnam adalah Ho Chi Minh yang dinamakan bersempena dengan nama bekas perdana menteri mereka.
Oleh itu, banyak tempat bersejarah dan menarik terletak di bandar Ho Chi Minh. Menurut pengguna Facebook, Hafiz Aziz, terdapat 6 tempat menarik yang wajib dikunjungi sekiranya ke bandar itu.
6 tempat yang wajib dikunjungi apabila ke bandar Ho Chi Minh
1. Pejabat Pos Saigon Sentral
Saigon Central Post Office merupakan salah satu tempat pelancongan yang ikonik. Apabila masuk ke pejabat pos ini, pasti anda akan berasa tergamam dengan keindahan dan keunikan seni bina kolonial yang telah dibina sejak berabad lalu.
Selain sebagai tempat pelancongan, ia juga masih beroperasi sebagai pejabat pos untuk warga tempatan.
2. Pasar Ben Thanh
Selain pusat beli-belah, pasar Ben Thanh sesuai kepada pelancong yang ingin membeli cenderahati untuk ahli keluarga atau rakan. Pasar ini dibuka pada awal pagi dan menjual pelbagai barangan dan makanan tempatan.
Pada waktu malam pula, suasana di pasar berubah apabila banyak gerai makanan akan dibuka di sekitar pasar. Pasar ini juga mempunyai keluasan yang besar menjadikan ianya sebagai pasar yang paling diminati oleh rakyat tempatan dan pelancong.
3. Jalan Malaysia
Bersebelahan dengan pasar Ben Thanh, terdapat sebuah jalan dipanggil Jalan Malaysia atau lebih dikenali sebagai Jalan Nguyen An Ninh dalam kalangan rakyat Vietnam. Di sini, pelancong boleh beli-belah dan terdapat gerai makanan halal.
Antara barangan yang dijual adalah baju, kain pasang, sulaman, serbuk kopi, selendang dan banyak lagi, harga yang ditawarkan juga berpatutan berbanding di pasar Ben Thanh.
4. Terowong Cu Chi
Terowong Cu Chi telah digunakan oleh tentera Vietnam pada suatu ketika dulu, ketika perang antara Vietnam dan Amerika berlaku. Kini, ia dijadikan sebagai tempat pelancongan kepada mereka yang ingin merasai suasana di dalam terowong bawah tanah.
Anda juga dibenarkan untuk menerokai terowong tersebut dan perlu merangkak dalam keadaan yang panas, gelap serta sempit. Tempat ini sudah tentu akan memberi pelancong pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
5. Sungai Mekong
Tempat seterusnya adalah sungai Mekong, sungai terpanjang di dunia yang mengalir melalui enam buah negara seperti China, Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja dan Vietnam.
Selain menaiki sampan, pelancong juga berpeluang untuk menyertai beberapa aktiviti di sini. Antaranya ialah lawatan ke perusahaan gula kelapa, kebun madu lebah dan menikmati persembahan nyanyian tradisional Vietnam.
6. Muzium Perang
Muzium yang ditubuhkan pada tahun 1975 ini terletak di pusat bandar Ho Chi Minh, tempat ini mempamerkan tentang sejarah peperangan Vietnam dalam bentuk gambar dan peralatan yang digunakan semasa peperangan berlaku.
Melalui lawatan ke muzium perang ini, pelancong akan lebih memahami sejarah negara Vietnam dan bagaimana mereka bangkit untuk memajukan negara selepas terlibat dalam tempoh peperangan yang sangat lama.
Sumber: Facebook Hafiz Aziz
-
Travel4 years ago
Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi
-
Foodie4 years ago
Khas untuk si ‘single’ ! Restoran Johor buat perkhidmatan carikan teman makan bersama
-
Foodie4 years ago
Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’
-
Foodie3 years ago
Giliran Malaysia pula, Hello Kitty Carrier bakal dijual pada 27 November di McDonald’s
-
Travel3 years ago
Kain ditenun penduduk, Garuda Indonesia perkenal uniform baru
-
Foodie4 years ago
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
-
Channel4 years ago
Roti Tsunami Pak Ali, Pantai Dalam Kuala Lumpur
-
Travel3 years ago
18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan
You must be logged in to post a comment Login