Foodie
Tembikai Hitam Jepun Buah Paling Mahal Di Dunia, Cecah RM25 Ribu Sebijik
Jika tiba sahaja musim panas, antara makanan yang sentiasa menjadi pilihan adalah buah tembikai, rasanya yang manis dan berjus sememangnya mampu melegakan tekak yang kering.
Buah tembikai ini boleh dihidangkan dengan pelbagai jenis cara, ada yang suka menjadikannya sebagai jus. Malah, ada juga yang gemar makan tembikai bersama nasi sebagai ulam.
Kita pasti pernah mengetahui bahawa kini tembikai tidak hanya terhad dengan bentuk bulan, kerana sudah ramai petani menginovasikan kaedah penanaman sehingga mampu mencipta pelbagai jenis bentuk tembikai.
Tembikai hitam cecah RM5,000 sekilogram
Tetapi baru-baru ini, datang pula tembikai yang lebik unik iaitu tembikai berwarna hitam! Mengekalkan bentuk bulat, tembikai dikatakan mempunyai rasa yang berbeza dengan tembikai biasa.
Tembikai hitam ini tidak berjalur seperti tembikai biasa, ia dikenali sebagai tembikai Densuke, dan hanya boleh didapati di pulau Hokkaido, Jepun.
Hanya tanam 100 biji setahun
Kalau nak tahu, harganya juga boleh tahan mahal, harga buah ini boleh mencecah sehingga RM25,000 dan hanya ditanam sebanyak 100 biji sahaja setiap tahun.
Patutlah harganya mahal, kerana keluarannya sangat terhad. Tetapi, hanya orang yang benar-benar berkemampuan sahajalah yang mampu membeli tembikai Desuke ini.
Sumber : Favy
-
Travel5 years ago
Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi
-
Foodie4 years ago
Khas untuk si ‘single’ ! Restoran Johor buat perkhidmatan carikan teman makan bersama
-
Foodie5 years ago
Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’
-
Foodie4 years ago
Giliran Malaysia pula, Hello Kitty Carrier bakal dijual pada 27 November di McDonald’s
-
Foodie5 years ago
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
-
Travel4 years ago
Kain ditenun penduduk, Garuda Indonesia perkenal uniform baru
-
Travel4 years ago
18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan
-
Channel5 years ago
Roti Tsunami Pak Ali, Pantai Dalam Kuala Lumpur
You must be logged in to post a comment Login