Connect with us

Travel

Tanpa amaran, Gunung Tangkuban Perahu, Indonesia meletus tiba-tiba

Published

on

Umum sedia maklum Gunung Tangkuban Perahu adalah antara destinasi wajib pilihan pelancong dari Malaysia. Lokasi tersebut boleh dikatakan agak popular bagi para pelancong yang datang ke Indonesia Barat.

Namun, tanpa disangka-sangka, gunung berapi popular yang berketinggian lebih, 2,284 meter itu meletus serta mengeluarkan asap dan debu yang tebal setinggi 200 meter pada jam 3.48 petang 26 Julai yang lalu.

Antara rakaman sewaktu letusan berlaku

https://twitter.com/itssysyy/status/1154701259133210625

Keadaan menjadi huru-hara dengan pelancong serta penduduk setempat yang berusaha menyelamatkan diri ke tempat yang lebih selamat.

Susulan dari letusan tersebut, pendaki serta pengunjung yang berdekatan kawah yang masih aktif diarahkan untuk beredar dari situ bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk dari berlaku.

Semua bertempiaran lari menyelamatkan diri

Posted by Lipan Bara on Friday, July 26, 2019

Pihak berkuasa tempatan menasihati supaya masyarakat setempat untuk lebih berwaspada kerana berkemungkinan letusan gunung yang lebih besar akan berlaku secara tiba-tiba.

Kali terakhir gunung tersebut dikatakan meletus adalah pada tahun 2013. Pelancong terutamanya rakyat Malaysia yang berkeinginan untuk ke sana diminta untuk menangguhkan rancangan berkenaan sehingga dinyatakan selamat.

Sumber: BBC Indonesia, itsyssy

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending