Connect with us

Travel

Taman Tasik Titiwangsa bakal dibuka awal tahun 2020

Published

on

Kuala Lumpur mempunyai banyak tempat untuk orang ramai menghabiskan masa hujung minggu bersama rakan-rakan dan keluarga.

Jika sebelum ini, Taman Tasik Tititwangsa menjadi salah satu tempat popular untuk pengunjung sekitarnya untuk beriadah bersama keluarga apabila tibanya hujung minggu.

Ditutup sekitar bulan September tahun lalu, pengunjung dan penduduk sekitarnya masih menunggu taman tasik itu dibuka semula.

Dijangka terima pengunjung bermula Januari 2020

Terbaru, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melalui laman rasmi Facebook telah mengesahkan taman tasik itu dijangka menerima pengunjung bermula Januari 2020 dan turut memuatnaik notis pemberitahuan.

Beberapa keping gambar terbaru juga telah dikongsi dan membuatkan orang ramai tidak sabar dan teruja dengan wajah baru taman tasik itu.

Trek jogging yang besar dan selesa

Trek untuk jogging yang besar pasti memberikan keselesaan bagi yang jogging kerana tidak perlu bersesak-sesak dan memudahkan lagi untuk pengunjung bergerak serta laluan dipasang dengan lampu pada waktu malam.

Kolam mandi khas untuk kanak-kanak

Bagi pengunjung yang mempunyai anak kecil, jangan risau kerana pasti anak-anak teruja kerana terdapat kolam mandi untuk kanak-kanak yang mempunyai tarikan ikan paus di tengah kolam.

Taman permainan memang menarik!

Taman permainan yang cantik dan siap mempunyai jambatan ini pasti menambahkan lagi pengunjung ke taman ini apabila di buka nanti.

Ruangan besar yang terdapat di taman permainan ini juga memberikan keselesaan untuk pengunjung bergerak tanpa perlu bersesak-sesak dengan yang lain.

Berjalan-jalan di jambatan dengan pemandangan hijau

Pengunjung yang berjalan-jalan di jambatan pula dapat melihat panorama taman tasik ini dan paling istimewa terdapat ala-ala sungai yang mengalir di bawah jambatan tersebut.

Sumber : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending