Connect with us

Foodie

Taknak barista salah eja nama, ‘Newbie’ boleh pesan minuman Starbucks hanya dengan 4 cara mudah!

Avatar

Published

on

Minuman Starbucks amat popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Walaupun harganya mahal, namun minuman mereka masih menjadi pilihan orang ramai. Media sosial seperti Instagram, Twitter dan Facebook juga menjadi platform pelanggan untuk memuat naik foto-foto mereka membeli minuman di kedai itu.

Bagi pelanggan yang sering kali berkunjung ke Starbucks, sudah semestinya anda tahu akan cara-cara yang betul untuk memesan minuman di kafe Starbucks. Namun, realitinya, kebanyakan rakyat Malaysia masih tidak mengetahui cara-caranya dan segan untuk bertanya.

Berikutan itu, seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Joe telah berkongsi sebuah thread cara-cara memesan minuman Starbucks kepada pelanggan baharu.

Apabila membaca thread tersebut, sebenarnya pelanggan baharu hanya perlu mengikuti 4 steps sahaja untuk membuat pesanan di Starbucks.

1. Ketahui 5 kategori minuman

Di Starbucks, terdapat 5 kategori minuman iaitu coffee, frappuccino, tea, chocholate dan juice. Setiap kategori ini terdiri daripada pelbagai minuman yang boleh dipesan oleh pelanggan.

2. Kenali saiz minuman

Pelanggan juga boleh memilih saiz untuk setiap minuman yang dipesan. Saiz yang terdapat adalah Tall (kecil), Grande (sederhana) dan Venti (besar), setiap penambahan saiz juga memerlukan RM1.

3. Pilih minuman anda (Coffee/Frap/Tea/Chocolate)

Sekiranya anda ialah seorang penggemar kopi, maka menu ini adalah pilihan yang sesuai untuk anda. Starbucks mempunyai pelbagai minuman kopi daripada saiz Tall sehinggalah Venti.

Pelanggan juga boleh memilih antara sejuk atau panas.

Bagi penggemar minuman ice blended, bolehlah melihat menu di kategori frappuccino. Antara minuman popular yang menjadi kegemaran orang ramai ialah Java Chip dan Chocolate Cream Chip.

Menurut Joe, sebagai pelanggan yang baru berjinak-jinak untuk mencuba minuman Starbucks, anda boleh memesan minuman di bulatan merah itu sahaja. Dengan ini, ia lebih mudah dan tidak akan membuatkan anda keliru.

Selain coffee dan frappuccino, pelanggan boleh memesan tea atau chocolate. Kedua-dua minuman ini lebih ringan dan sesuai untuk kanak-kanak terutamanya minuman iced shaken lemon tea dan chocolate.

4. Order & Bayar je…

Selepas memilih jenis minuman dan saiz, anda bolehlah membuat pesanan di kaunter Starbucks. Semasa membuat pembayaran, pelanggan juga boleh bertanya ‘promo’ yang didapati sama ada boleh digunakan atau sebaliknya.

‘Promo’ yang digunakan akan menjadikan harga minuman lebih murah.

Sedikit tips! Tunjukkan MyKad kalau takut barista salah eja nama…

Setiap kali berkunjung ke Starbucks, pastinya barista yang mengambil pesanan akan bertanyakan nama anda. Oleh itu, kepada pelanggan yang tidak ingin nama mereka disalah eja, maka anda boleh memberi MyKad untuk mengelakkan kesilapan berlaku.

Semoga perkongsian daripada pengguna Twitter tersebut dapat membantu pelanggan baharu yang ingin mencuba minuman Starbucks. Selepas ini, ‘newbie’ boleh memesan tanpa perlu berasa ragu-ragu dan keliru.

Sumber: Twitter

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending