Connect with us

Travel

Tak tahu nak beli ‘ole2’ kat mana? Ini 5 tempat beli ‘souvenirs’ murah di Seoul, Korea

May Ai Mui

Published

on

Sejak genre Korean pop (K-pop) menjadi popular dalam kalangan negara Asia, ramai yang terpengaruh dengan budaya negara itu sehinggakan sanggup mempelajari bahasa Korea untuk memahami adat dan budaya mereka. Antara kumpulan ternama ialah BTS, Blackpink dan Twice yang menjadi kegilaan rakyat Malaysia.

Selain fenomena Kpop Wave, kehadiran drama dari negara Korea juga diminati oleh orang ramai. Rupa pelakon yang cantik dan tampan serta jalan cerita yang menarik merupakan antara sebab ramai yang menjadi kaki drama Korea.

Oleh itu, ramai rakyat tempatan memilih Korea Selatan sebagai destinasi percutian mereka. Apabila berkunjung ke sesuatu tempat, anda pasti akan membeli cenderahati untuk dibawa pulang.

Oleh itu, ini antara 5 tempat untuk membeli ‘souvenirs’ murah di Seoul, Korea.

1. Myeong-dong Street Market

Sebut sahaja Myeong-dong, pasti ramai mengenali tempat ini yang terletak di pusat bandaraya Seoul. Tempat ini menjadi tumpuan ramai kerana ia digelar ‘cosmetic paradise’  oleh pelancong khususnya wanita.

Di situ, terdapat pelbagai kedai kosmetik dan skincare yang menjual produk mereka dalam harga yang berpatutan. Antaranya ialah kedai “Nature Republic.”

2. Namdaemun Market

Selain Myeong-dong, tempat ini juga menarik ramai pelancong asing untuk mengunjungi Namdaemun Market. Pasar ini adalah pasar tertua di Korea dan pelbagai barangan boleh didapati di sini seperti keychain, fridge magnet, korean brooch serta t-shirt.

Pelancong juga dinasihati untuk tawar-menawar ketika membeli cenderahati supaya harga yang dijual berpatutan dan berbaloi.

3. Gwanjang Market

Kepada peminat rancangan realiti Korea Selatan, pasti anda mengetahui tentang Gwanjang Market. Di sini, pelancong boleh membeli barangan fabrik dari Korea iaitu korean silk dan korean cotton dengan harga yang murah.

Oleh itu, pelancong yang sedang mencari kain buatan Korea harus berkunjung ke pasar Gwanjang dan ia sesuai dihadiahkan kepada para ibu.

4. Insadong Art Street

Insadong Art Street merupakan tempat sesuai untuk penggemar seni di luar sana, tempat ini terkenal dengan kraftangan asli Korea seperti hanbok iaitu pakaian tradisional Korea, barang-barang antik dan lukisan. Ramai pelancong juga tidak melepaskan peluang untuk membeli kuih tradisi Korea seperti kkultarae.

Sekiranya pelancong ingin membeli cenderahati yang unik, tempat ini adalah pilihan yang terbaik.

5. Gyeongdong Market

Apabila menjejakkan kaki ke Gyeongdong Market, anda pasti dapat melihat pelbagai jenis herba dan ubat-ubatan yang dijual di sini. Walaupun tidak begitu popular berbanding pasar lain, namun tempat ini mempunyai tarikannya yang tersendiri.

Pelancong boleh membeli herba dan produk perubatan Asia dengan harga yang berpatutan dan sesuai dihadiahkan kepada mereka yang menjaga kesihatan.

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending