Connect with us

Uncategorized

Tak reti nak ‘online shopping’? Ini 7 langkah mudah untuk ‘newbie’ beli-belah di Shopee

Published

on

Kini, banyak aplikasi beli-belah seperti Lazada dan Shopee yang membolehkan orang ramai untuk membeli-belah secara dalam talian. Aplikasi tersebut telah memudahkan pelanggan untuk membeli sesuatu tanpa perlu ke kedai dan gedung beli-belah.

Kepada mereka yang sering membeli barangan secara ‘online’, ia merupakan satu proses yang mudah dan pantas kerana pembayaran boleh dilakukan dengan serta merta.

Namun, ramai di luar sana terutamanya golongan berusia masih berasa keliru tentang penggunaan aplikasi beli-belah tersebut. Berikutan itu, ini adalah beberapa langkah mudah untuk mereka yang ingin membeli-belah di Shopee buat pertama kalinya.

Mudah jer…

1. Install & daftar akaun

Pelanggan haruslah memuat turun aplikasi Shopee dahulu sebelum dibenarkan untuk membeli-belah.

Selepas itu, anda boleh memilih bahasa mengikut pilihan masing-masing.

Anda juga perlu mendaftar akaun dan mengisi maklumat yang diminta oleh Shopee. (Boleh rujuk bulatan hitam)

2. Carian

Selesai sahaja mendaftar akaun, anda bolehlah mula membeli-belah di aplikasi Shopee. Pelanggan boleh menaip barangan yang hendak dibeli di bahagian carian.

Sebagai contoh, pelanggan mencari jam tangan untuk dihadiahkan kepada rakan. Oleh itu, anda boleh menaip ‘jam’ di carian tersebut. Pelbagai jenis jam tangan boleh didapati dengan harga dan jenama yang berbeza.

Setelah memilih barangan yang ingin dibeli, anda digalakkan untuk melihat ke bahagian penilaian supaya kualiti produk tersebut terjamin dan tidak berlaku sebarang penipuan.

3. Pilih jenis dan kuantiti

Selain kuantiti, anda boleh memilih jenis barangan tersebut seperti warna, saiz dan sebagainya.

Kemudian, pelanggan perlu memastikan produk ditanda seperti berikut dan tekan semak keluar.

4. Isi alamat

Bagi pengguna baru Shopee, anda harus mengisi alamat rumah atau bangunan supaya produk yang dibeli tersebut boleh dihantar ke alamat yang tertera.

5. Semak jumlah

Selanjutnya, anda perlu menyemak jumlah harga yang perlu dibayar. Sekiranya terdapat baucar, bolehlah mengisinya untuk mendapatkan diskaun.

Pilihan penghantaran pula boleh dibuat apabila peniaga menyediakan pilihan lain selain menggunakan perkhidmatan pos laju.

6. Pilih kaedah pembayaran

Pelanggan perlu memilih kaedah pembayaran, terdapat beberapa kaedah pembayaran iaitu melalui kad kredit atau debit, online banking atau ATM/deposit tunai.

7. Sahkan pembelian

Akhir sekali, pelanggan boleh membeli barangan tersebut selepas selesai kesemua langkah di atas. Pastikan anda memeriksa dahulu alamat, kaedah penghantaran, kaedah bayaran dan jumlah harga.

Selamat membeli-belah dengan bijak, jadilah pengguna yang bijak membuat pilihan.

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending