Connect with us

Foodie

Tak perlu ‘travel’ jauh2 ke Korea, ini 7 langkah mudah untuk buat Ayam Korea Spicy

May Ai Mui

Published

on

Apabila berkunjung ke restoran Korea seperti Kyochon, K Fry dan Nene Chicken, hidangan ‘ayam korea spicy’ sering menjadi pilihan rakyat Malaysia kerana rasanya yang enak dan pedas.

Namun, restoran tersebut sering kali dipenuhi dengan orang ramai dan pelanggan perlu beratur panjang untuk menjamu selera di situ.

Oleh itu, adalah lebih mudah dan jimat untuk membuat hidangan tersebut di rumah. Berikut merupakan resipi ‘ayam korea spicy’ yang pasti anak-anak suka.

Bahan2

Antara bahan yang diperlukan ialah 2 ulas bawang putih, 2 inci halia, sedikit lada hitam, 1 ekor ayam (dipotong kecil), 1 biji telur ayam, setengah mangkuk tepung gandum dan tepung jagung, serta 2 cawan minyak masak.

Manakala bahan yang perlu disediakan untuk membuat kuah/sos ialah 2 ulas bawang putih (didadu), 1 sudu besar serbuk cili, sos cili, sos tomato, madu, gula perang, secubit garam, dan 1 mangkuk kecil bjian.

Cara penyediaan

1. Tumbuk kesemua bahan seperti bawang putih, halia dan lada hitam. Kemudian, lumurkan pada ayam dan digaul menjadi rata.

2. Sebatikan telur ayam, tepung gandum dan tepung jagung yang telah disediakan. Selepas itu, masukkan ayam yang telah diperap ke dalam adunan tepung dan gaul.

3. Panaskan minyak masak dan boleh menggoreng ayam tersebut secara deep fry sehingga ianya berwarna keperangan. Selepas selesai, angkat dan ketepikan.

4. Manakala untuk sos ‘ayam korea spicy’ pula, anda perlu panaskan minyak masak di kuali dan tumiskan bawang putih yang telah dipotong dadu.

5. Seterusnya, boleh masukkan serbuk cili, sos cili, sos tomato, madu, gula perang dan garam. Kacau kesemua bahan tersebut menjadi sebati.

6. Kemudian, masukkan bijan dan gaul.

7. Akhir sekali, masukkan ayam goreng yang dibuat tadi dan digaul bersama kuah. Pastikan ayam goreng tersebut digaul rata.

Siap! Terliur tengok beb!

Sumber: Resepi Makanan Malaysia

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending