Foodie
Tak perlu runsing, ‘vending machine’ makanan halal pertama di Jepun dilancarkan!
Setiap kali pergi bercuti kita pasti akan dilema soal makan dan minum lebih-lebih jika ia adalah percutian pertama kita ke destinasi tertentu.
Kita tidak akan lari dari membawa makanan segera seperti mi segera dan bubur nasi segera apabila travel.
Terbaru berita gembira bagi yang bakal bercuti ke negara matahari terbit ialah mesin layan diri pertama yang akan menjual produk makanan halal telah dilancarkan.
Vending machine halal pertama
Lebih dikenali vending machine makanan halal baru sahaja dilancarkan di bandar Oita, Jepun pada 11 Oktober lepas.
Vending machine ini juga akan diletakkan di sekitar Jepun untuk memudahkan pelancong yang beragama Islam semasa travel.
Pelbagai pilihan termasuk produk Brahim’s
Produk yang dijual pada mesin ini adalah termasuk produk dari Malaysia iaitu Brahim’s, Mamee dan tidak lupa juga produk dari Indonesia iaitu Mi Sedaap serta jajan dari India.
Harga bagi tiap produk makanan yang dijual di mesin ini pula adalah antara 400 yen hingga 700 yen dimana ia lebih murah berbanding nasi campur biasa di negara matahari terbit ini sekitar 1,200 yen.
Sumber : 1001 Kisah Jepung
-
Travel5 years ago
Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi
-
Foodie4 years ago
Khas untuk si ‘single’ ! Restoran Johor buat perkhidmatan carikan teman makan bersama
-
Foodie5 years ago
Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’
-
Foodie4 years ago
Giliran Malaysia pula, Hello Kitty Carrier bakal dijual pada 27 November di McDonald’s
-
Foodie5 years ago
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
-
Travel4 years ago
Kain ditenun penduduk, Garuda Indonesia perkenal uniform baru
-
Travel4 years ago
18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan
-
Channel5 years ago
Roti Tsunami Pak Ali, Pantai Dalam Kuala Lumpur
You must be logged in to post a comment Login