Connect with us

Foodie

“Tak perlu pergi jauh2, kat KL ada segalanya!”

Published

on

Bagi mereka yang tinggal di ibu kota Kuala Lumpur, kadang kala kita akan mencari lokasi percutian di luar daripada Kuala Lumpur untuk melepaskan stres setelah seharian bekerja.

Namun sebenarnya, terdapat banyak tempat menarik yang boleh anda lakukan di Kuala Lumpur. Perkara ini telah dikongsikan oleh Zuliana Azira di Twitter.

Gadis ini telah berkongsiakan tempat menarik kepada mereka yang ingin berjalan-jalan di sekitar Lembah Klang.

Puas jalan 1 KL

Breakfast set RM3 je!

Menurut Zuliana, dia memilih untuk sarapan di satu cafe yang terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman iaitu Capital Cafe. Paling menarik, setiap set yang dihidangkan di kafe ini hanyalah RM3 per set sahaja.

Rasa roti kukus macam kat Boat Noodle!

Teringin makan nasi campur

Zuliana memilih untuk makan tengah hari di Restoran Sambal Hijau. Harga yang dikenakan adalah sangat berpatutan, hanya RM67 bagi empat orang makan.

Sotong bakar dan siput sedut di sini adalah yang paling recommended. 

Tekak nak makan benda manis

Selepas selesai menikmati hidangan makanan tengah hari, mereka telah ke Kafe Shaun Teo Creations yang terletak di Ara Damansara, Petaling Jaya.

Dekorasi kafe yang sangat cantik dan hispter telah menarik minat Zuliana dan rakan-rakan. Mereka sempat merakam memori, mengambil gambar bersama-sama di restoran tersebut.

Zuliana turut memberikan rating 5/5 untuk set yang dinikmatinya, yang berharga RM80+ untuk satu set. Dia juga sangat mengesyorkan hidangan Toast Bread dan Pumpkin Soup.

Wajib try Aiskrim Turkey di Bukit Bintang!

Selepas menikmati hidangan di kafe, Zuliana telah ke Pavillion, Bukit Bintang bagi mencuba aiskrim Turkey.

Tempat OOTD, yang penting masuk free je!

Semestinya apa yang paling penting adalah OOTD! Zuliana telah ke Taman Eko Rimba, Kuala Lumpur dan Street Art, Jalan Alor, Bukit Bintang.

Menurut Zuliana, tiada caj dikenakan untuk masuk ke Taman Eko Rimba dan Street Art Bukit Bintang.

Sumber : Zuliana Azira

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending