Connect with us

Travel

Tak perlu pergi jauh-jauh lagi, Pasar Vietnam bakal dibuka Mac 2020

Published

on

Chào mừng bạn đến viet nam! Selamat datang ke Vietnam, destinasi yang mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi dan dikenali sebagai penghasil padi terbesar di Asia Tenggara.

Vietnam sangat terkenal kerana mempunyai banyak lokasi membeli-belah yang membuatkan pengunjung rambang mata dengan pilihan yang banyak, dan harganya yang murah.

Tidak lama lagi, pengunjung dari Malaysia tidak perlu pergi jauh-jauh ke sana kerana pasar Vietnam akan dibuka di sini tidak lama lagi.

Beroperasi di Bangunan Safuan Plaza

Pasar Vietnam pertama akan dibuka di Malaysia pada Mac 2020 yang akan beroperasi di Bangunan Safuan Plaza itu akan mempunyai 200 ruang kedai.

Pusat perdagangan terbesar

Presiden Kumpulan Safuan Malaysia, Tan Sri Matshah Safuan berkata pasar Vietnam yang bakal dibuka itu merupakan hasil kerjasama antara Malaysia dan Vietnam dan sekaligus akan menjadi pusat perdagangan terbesar pertama antara dua negara.

Pasar itu juga akan meningkatkan hasil eksport barangan Vietnam berikutan permintaan barangan dan perkhidmatan di negara kita.

Pelbagai perniagaan produk Vietnam

Pasar tersebut bakal menghimpunkan pelbagai jenis perniagaan produk pertanian, makanan laut, kraftangan, pakaian, peralatan mekanikal, mesin, kosmetik, teknologi proprietri dan industri perkhidmatan Vietnam.

Selain itu, ia juga adalah peluang untuk firma Vietnam mengembangkan operasi mereka di Malaysia juga.

Sumber : Bernama, Google Image

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending