Foodie
Tak perlu pergi jauh, ini 10 kafe di KL yang bakal buatkan korang rasa seperti sedang ‘holiday’
Kesibukan dan kepadatan hidupan seharian ditambah lagi dengan kesesakan bagi yang tinggal di bandar seperti di Kuala Lumpur pasti akan membuatkan anda tertekan dan letih.
Anda pasti ingin berehat sebentar untuk menenangkan fikiran anda tetapi tidak tahu mahu kemana? Di sini ada 10 kafe tersorok yang terdapat di KL tetapi tidak diketahu oleh orang ramai
Hideaway
Kafe dengan seni bina yang sederhana namun begitu mempersonakan dengan keanggunannya yang tersendiri ini membawakan rasa seperti berada di UK.
Mempunyai pelbagai pilihan kek lebih-lebih lagi kek pandan gula Melaka yang sangat recommended, anda pasti tidak menyesal untuk berkunjung ke sini dan jangan lupa untuk mengambil gambar di sini juga.
Huckleberry Food and Fare
Salah satu kafe terbaik di ibu negara, suasana kafe ini memang sangat selesa dan nyaman untuk melepak.
Mempunyai banyak pilihan pastri, roti, kek dan minuman sememangnya akan membuat anda berpuas hati berkunjung.
The Foxhole Bakery Cafe
Kafe yang berinsipirasikan Australia, kafe ini menjadi pilihan untuk menikmati sarapan pagi.
Pilihan menu dari sarapan ala-ala Inggeris hinggalah ke kopi pasti membuatkan anda ingin datang selalu ke kafe ini.
Menu paling recommended di sini ialah waffle banana butterscotch sebagai pencuci mulut pasti tidak mengecewakan anda!
Vintage 1988
Penuh dengan perhiasan barangan antik, tumbuh-tumbuhan hijau dan lampu neon, kafe ini memberikan rasa unik berada di kedai kopi.
Kafe ini bukan sahaja menyediakan kopi tetapi peringatan kepada anda, mereka juga mempunyai minuman beralkohol.
Pokok
Ingin lari dari kesesakan dan kesibukan ibu negara, Pokok adalah kafe yang tepat untuk anda kunjungi kerana lokasinya yang dikelilingi oleh pokok-pokok yang pasti menyamankan.
Pada masa yang sama, selain dapat menikmati pelbagi menu makanan di sini, anda dapat menenangkan fikiran.
Blonde
Seni bina dari Barat menjadikan kafe Blonde salah satu kafe yang sangat recommended untuk anda kunjungi.
Bagi anda yang ingin menikmati makanan dengan rasa Asia, dihiasi dengan rasa moktail yang unik dan gabungan enak hand-brew kopi yang pasti memikat hati anda.
Rubberduck
Menggunakan perabot kayu dan dihiasi dengan tumbuhan-tumbuhan hijau, kafe ini menjanjikan suasana yang santai.
Pelbagai pilihan makanan yang disajikan dengan cara sihat seperti sandwich, burger, pasta, hidangan daging dan pai pasti membuatkan anda tidak rugi meluangkan masa datang ke sini.
Jaslyn Cakes
Kafe yang memang terkenal kerana kek mereka adalah antara yang terbaik boleh didapatkan di KL.
Bukan sahaja mempunyai pilihan makanan dan minuman yang memang enak, bagi yang suka bergambar, kafe ini memang insta-worthy.
Podgy Kurau
Jangan lupa untuk mengambil gambar di sini, kerana kafe ini sangat stylish dengan suasana yang santai dan nyaman.
Stars Picker Audio Cafe
Di sini, anda boleh menikmati hidangan pencuci mulut vegetarian yang sihat, kopi, teh bunga sambil membaca pelbagai buku dan majalah, atau mendengar album muzik indie yang berbeza.
Paling special di kafe ini ialah terdapat pelbagai jenis headphones and peralatan untuk anda gunakan dengan bebas seperti pemain musik dan piring hitam vintaj.
Sumber : KL Foodie
-
Travel5 years ago
Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi
-
Foodie4 years ago
Khas untuk si ‘single’ ! Restoran Johor buat perkhidmatan carikan teman makan bersama
-
Foodie5 years ago
Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’
-
Foodie4 years ago
Giliran Malaysia pula, Hello Kitty Carrier bakal dijual pada 27 November di McDonald’s
-
Foodie5 years ago
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
-
Travel4 years ago
Kain ditenun penduduk, Garuda Indonesia perkenal uniform baru
-
Travel4 years ago
18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan
-
Channel5 years ago
Roti Tsunami Pak Ali, Pantai Dalam Kuala Lumpur
You must be logged in to post a comment Login