Travel
“Syurga pulau tercantik!” – Ini 21 pulau di Thailand yang wajib anda pergi!
Thailand pastinya menjadi destinasi pelancongan kerana terdapat puau-pulau yang cantik di negara jiran ini.
Jika anda sedang merancang untuk bercuti di luar negara, Thailand boleh dimasukkan dalam senarai destinasi yang anda patut kunjungi. Terdapat 22 pulau yang wajib anda kunjungi jika anda ke Negeri Gajah Putih ini.
1. Krabi
Sesuai jika anda mencari tempat yang santai untuk bercuti yang menawarkan pengunjung pelbagai kegiatan santai lebih-lebih lagi untuk seisi keluarga.
Antara aktiviti yang anda boleh buat di sini adalah island hopping, snorkelling, rock climbing, berkayak, jungle trekking dan selam skuba.
2. Phuket
Merangkumi pulau besar dan beberapa pulau kecil serta menjadi destinasi paling popular di Thailand selain Bangkok.
Di sini, anda boleh melawat patung Buddha terbesar, pergi ke Tiger Kingdon, melawat tempat perlindungan gajah dan pergi ke Bukit Monyet.
3. Koh Lipe
Koh Lipe merupakan syurga bagi pencinta pulau dan sering mendapat ramai kunjungan kerana terkenal dengan warna pasirnya yang putih serta warna lautnya yang biru.
Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini antaranya diving dan snorkelling.
4. Ko Samui
Pulau ini adalah pulau yang paling dikunjungi di Thailand dan banyak penginapan yang terdiri daripada banglo kecil hingga ke villa eksklusif.
Kerana mendapat banyak kunjungan, aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah snorkelling, berkayak, aktiviti lasak seperti ATV dan zipline.
5. Koh Phayam
Pulau kecil ini terletak di luar pantai Ranong dan berhampiran dengan sempadan Burma yang menawarkan kehidupan yang santai dan menarik.
Antara aktiviti yang anda boleh lakukan di sini adalah mendaki melalui ladang getah, bersiar-siar menaiki motor dan melihat burung enggang.
6. Koh Similan
Terletak di Laut Andaman, Koh Similan merupakan pulau terbesar di sana dengan pasir pantai yang putih dengan warna air laut biru dan batu-batuan yang menarik.
Paling menarik di sini ialah anda boleh melihat matahari terbenam dengan cantik selain melakukan aktiviti selam skuba dan snorkelling.
7. Koh Yao Yai
Terletak di antara Krabi dan Phuket di Teluk Phang Nga, Koh Yao Yai adalah pulau yang besar namun tenang dan selesa kerana tidak ramai pengunjung.
Kebanyakkan kampung terdiri daripada rumah-rumah tradisional dan mempunyai banyak ladang kelapa serta ladang getah di kawasan pedalaman.
8. Koh Yao Noi
Tempat yang sangat sesuai untuk berbulan madu dengan pemandangan yang indah dan menakjubkan.
Pulau ini menjadi destinasi bagi mereka yang tidak kisah berbelanja lebih kerana tempat peranginan di sini dilengkapi dengan kolam renang di setiap bilik yang sememangnya mewah.
Pulau ini juga menjadi pilihan bagi mereka yang ingin snorkelling, rock climbing, berkayak, berbasikal serta melawat kawasan paya bakau.
9. Koh Jum
Bagi anda yang inginkan tempat percutian yang damai dan tenang, Koh Jum boleh menjadi destinasi anda kerana ia merupakan pulau yang kecil dan jarang dikunjungi.
Terdapat beberapa tempat penginapan yang ada di pulau ini, pengunjung dapat merasai kehidupan yang lebih santai.
Pantai ini juga dipenuhi pokok dan mempunyai air yang sangat jernih.
10. Koh Lanta Yai
Koh Lanta Yai merupakan salah satu pulau utama di Krabi yang mempunyai pemandangan yang menakjubkan.
Mempunyai batu kapur yang mengagumkan, pasir yang putih dan udara segar semestinya ia menawarkan pemandangan dan percutian yang luar biasa.
Bukan itu sahaja, anda juga boleh meluangkan masa bersama komuniti Moken yang juga dikenali sebagai ‘”gypsies laut” kerana kebolehan menyelam mereka.
11. Koh Muk
Tarikan utama di sini adalah Gua Marakot atau Gua Emerald dan ia hanya boleh diakses ketika air laut surut.
Dikenali sebagai Tham Morakot, pengunjung akan masuk ke dalam gua dan berenang dalam kegelapan hingga nampak cahaya yang akan membawa anda ke pantai berpasir yang indah.
12. Koh Kradan
Pulau ini merupakan pulau yang paling sempurna di Thailand kerana mempunyai pasir pantai berwarna seperti batu karang dan merupakan pulau impian bagi pencinta pulau.
Aktiviti yang boleh dilakukan di sinilah adalah snorkelling, berkayat dan melihat matahari terbenam di tepi pantai.
13. Koh Adang
Merupakan sebahagian daripada Taman Laut Nasional Tarutao, Koh Adang hanyalah sebuah pulau yang kecil dan paling menarik mempunyai air terjun juga.
Pulau ini juga adalah rumah kepada pelbagai hidupan liar dan agak luar biasa kerana mempunyai pantai berpasir hitam yang halus.
14. Koh Khai
Dikenali sebagai Pulau Telur, Koh Khai merupakan pulau terpencil dan tidak mempunyai penginapan kerana ia biasanya dilawati ketika dalam perjalanan ke Koh Lipe.
15. Koh Phangan
Merupakan salah satu pulau utama di Thailand yang menarik dan mempunyai banyak keajaiban alam yang pengunjung tidak sangka.
Aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah diving, berkayak , hiking dan melihat matahari terbenam
16. Koh Tao
Keindahan pulau ini terletak di perairannya dimana pengunjung boleh melihat pelbagai kehidupan laut yang berwarna-warni.
Manakala, hutan pula menjadi tempat untuk hidupan liar yang menarik.
Bukan itu sahaja, banyak aktiviti boleh dilakukan di sini antaranya flying trapeze dan rock climbing.
17. Koh Khram Yai
Pulau ini sangat mudah diakses dari Pattaya dan juga pulau yang paling dekat dengan Bangkok tetapi kurang dikunjungi kerana pengunjung kurang perasan lebih-lebih lagi jika menuju ke timur Thailand.
Paling istimewa di pulau ini adalah ia menjadi tempat pembiakan penyu laut juga.
18. Koh Samet
Dikelilingi oleh terumbu karang yang dalam keadaan baik dan menarik dengan pelbagai hidupan laut.
Pada waktu malam, suasana pulau ini sangat meriah dengan pertunjukkan api di tepi pantai.
19. Koh Munnork
Pulau ini merupakan pulau persendirian dan jika anda mahukan suasana yang benar-benar eksklusif, pulau ini adalah destinasi untuk anda.
20. Koh Chang
Terletak berhampiran dengan sempadan Kemboja, pantai ini sangat indah lebih-lebih lagi kawasan pergunungan yang indah terletak di tengah-tengah pulau.
21. Koh Mak
Pulau ini dimiliki oleh sebuah keluarga yang mengekalkan keindahannya dalam keaadan baik dan menerima kunjungan pelancong dengan harapan pengunjung memanfaatkan percutian di sini tanpa merosakkan pulau ini.
Sumber : Travelog.com & Google Image
-
Travel5 years ago
Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi
-
Foodie4 years ago
Khas untuk si ‘single’ ! Restoran Johor buat perkhidmatan carikan teman makan bersama
-
Foodie5 years ago
Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’
-
Foodie4 years ago
Giliran Malaysia pula, Hello Kitty Carrier bakal dijual pada 27 November di McDonald’s
-
Foodie5 years ago
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
-
Travel4 years ago
Kain ditenun penduduk, Garuda Indonesia perkenal uniform baru
-
Travel4 years ago
18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan
-
Channel5 years ago
Roti Tsunami Pak Ali, Pantai Dalam Kuala Lumpur
You must be logged in to post a comment Login