Connect with us

Travel

Syurga membeli-belah, ini 20 tempat shopping menarik jika anda ke Bangkok!

Published

on

Bagi anda yang sukakan travel, semestinya tidak ketinggalan untuk shopping atau membeli cenderahati bagi dibawa pulang. Kepada anda yang tidak tahu, Bangkok merupakan syurga membeli-belah dengan harga yang sememangnya murah dan mempunyai banyak pilihan.

Ini adalah antara tempat yang anda patut kunjungi jika anda ke Bangkok dan pastinya tidak akan menyesal untuk membelanjakan duit anda di sana.

1. Chatuchak Market

Lebih 8,000 gerai dibuka di sini dan merupakan pasar yang terbesar di Thailand dan di dunia! Jika anda pakar dalam perihal tawar-menawar, di sinilah tempatnya. Memang best gila.

2. Pratunam

Tempat ini sangat popular bagi penduduk tempatan kerana ia merupakan gedung borong fesyen, dan yang paling menarik adalah jika anda berbelanja di sini, barangan anda akan dihantar terus ke hotel atau tempat anda menginap.

3. Siam Square

Lokasi Siam Square tidak jauh dari Hello Kitty House. Siam Square adalah tempat kepada mereka yang hantu fesyen, kerana di sinilah syurga membeli-belah dengan harga yang berpatutan.

4. Pantip Plaza

Pantip Plaza merupakan ibu kepada semua pusat IT kerana tempat ini dipenuhi dengan barangan elektronik.

Anda boleh mendapakan semua jenis alatan elektronik, dan yang paling menarik adalah barangan yang sukar didapati ada dijual di sini.

5. Platinum Fashion Mall

Terdapat 2,500 kedai yang disatukan dalam satu pusat membeli-belah, semestinya barangan yang dijual seperti pakaian dan aksesori adalah dalam lingkungan harga borong.

Paling menarik perhatian adalah, semakin banyak anda berbelanja, semakin murah harga yang ditawarkan di sini.

6. Ma Bonn Khong Center

Kepada yang lebih selesa untuk shopping di tempat yang sejuk dan berhawa dingin, anda boleh ke Ma Bonn Khong Center.

Lebih dikenali sebagai MBK Center, terdapat lebih 2,000 kedai di mana anda akan menghabiskan sekurang-kurangnya 5 jam di sini.

7. Union Mall

Kepada anda yang tidak sukakan tempat yang sesak, anda boleh mengunjungi Union Mall.

Tempat ini menjadi tumpuan bagi penggemar fesyen Korea dan Jepun yang menawarkan tawaran yang hebat dengan kualiti produk yang tinggi.

8. Central World

Central World merupakan kompleks membeli-belah terbesar di Thailand dan antara antara salah satu pusat membeli-belah terbesar di dunia.

Di sini terdapat barangan ekslusif, restoran, kedai barangan IT, hiburan dan pelbagai lagi. Selain ia menjadi kompleks membeli-belah, terdapat juga gelanggang luncur ais.

9. Terminal 21

Kompleks membeli-belah ini sangat unik, kerana setiap tingkat mempunyai konsep dan reka bentuk yang berbeza.

Reka bentuk setiap lantai diilhamkan daripada bandar-bandar yang paling banyak dikunjungi di dunia seperti Rom, Paris, London, Istanbul, Tokyo, San Francisco dan Hollywood.

10. Central Chidlom

Ini adalah tempat terbaik untuk anda kunjungi jika anda mencari sesuatu yang berlainan dan tidak mahu terganggu kerana pusat membeli-belah ini tiada hiburang langsung.

Ia adalah sebuah pusat beli-belah 7 tingkat dengan suasana yang moden dan mesra.

11. Siam Discovery Center

Lebih kecil sedikit dari Central World tetapi lebih besar dari Siam Center, itulah yang dapat digambarkan kepada Siam Discovery Center.

Anda pastinya tidak akan sesat kerana pusat beli-belah ini tidaklah besar dan mudah untuk berpusing-pusing di dalamnya. Jika anda seorang yang sukakan barangan yang cantik, ini adalah tempatnya.

12. Emporium

Mempunyai suasana yang menyenangkan dengan konsep glamor dan terdapat barangan berjenama bertaraf dunia. Segalanya di sini adalah ekslusif dan mempunyai banyak jenama mewah antarabangsa.

13. EmQuartier, Phrom Phong

Kompleks beli-belah ini banyak menjual barangan berjenama sama seperti Emporium Mall. Tetapi yang uniknya, semakin tinggi tingkat yang anda pergi, semakin murah barangan yang dijual di sini.

14. Central Embassy Shopping Mall

Ia adalah pusat gaya hidup mewah dan menekankan konsep yang bergaya melalui reka bentuk interior dan reka bentuk futuristik yang putih dan kemas minimalis.

15. King Power Rangnam

Terokai pelbagai jenama pereka dan produk kecantikan yang mengagumkan. Kompleks beli-belah ini adalah kedai bebas cukai pertama di Thailand.

16. Jim Thompson

Ia adalah salah satu butik yang berjenama beroperasi dan terkenal dengan barang-barangannya yang bergaya serta sutera dan kain yang dijual adalah sangat berkualiti.

17. B-Gallery Fashion Mall

B-Gallery adalah singkatan bagi Baiyoke Gallery dan ia merupakan salah satu kedai borong yang terdapat di Bangkok.

Reka bentuknya yang sangat moden dan mempunyai ruang yang besar sememangnya memudahkan anda bergerak semasa shopping.

18. Shibuya 19

Kompleks beli-belah yang hanya berhadapan dengan Platinum Mall ini banyak menjual barangan khusus dan memberi tumpuan kepada golongan muda untuk berfesyen.

19. Palladium World Shopping Mall

Bersaiz lebih besar dan lebih murah daripada Platinum Fashion Mall, susun atur di dalamnya adalah berkonsepkan bazaar.

Bagi anda yang akan mengunjungi Bangkok, anda bolehlah mengunjungi tempat-tempat membeli-belah ini. Mesti anda akan rambang mata dengan pilihan yang ada. Selamat membeli-belah!

Sumber :

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending