Connect with us

Travel

Susulan kes penyeludupan haram, Pulau Komodo dijangka tutup tahun depan

Published

on

Pulau Komodo merupakan sebuah pusat pelancongan yang popular dalam kalangan pelancong asing. Pulau tersebut yang merupakan sebahagian daripada Taman Negara Komodo. Pembukaan pulau ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada orang ramai melihat biawak komodo.

Seperti sedia maklum, biawak komodo adalah antara spesies haiwan terancam yang semakin pupus di dunia. Pulau Komodo turut menjadi habitat semula jadi kepada hampir 2,300 biawak komodo dan menjadi satu satunya tempat yang membolehkan pelancong untuk melihat haiwan itu.

Walau bagaimanapun, Pulau Komodo dijangka tutup buat sementara waktu bermula Januari 2020 dan cadangan penutupan itu masih menunggu kelulusan daripada pihak berkuasa.

Gara2 kes penyeludupan haram…

Penutupan tersebut dibuat sebagai langkah untuk membendung kes penyeludupan haram biawak itu. Baru-baru ini, hasil siasatan polis mendapati 41 biawak komodo tersebut dijual pada harga RM143,280 seekor di luar negara.

Namun, jurucakap pentadbiran wilayah, Marius Jelamu berkata bahawa penutupan pulau tersebut tidak akan melibatkan pulau lain yang berhampiran.

“Sekiranya terlalu ramai pelancong berada di kawasan sensitif seperti Taman Negara Komodo, ianya akan menjejaskan haiwan terancam itu.” ujarnya lagi.

Oleh itu, kepada pelancong yang ingin melihat biawak komodo, anda bolehlah berkunjung ke Pulau Komodo sebelum ianya ditutup buat sementara waktu.

Sumber: MyMetro

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending