Foodie
Sushi King Bonanza kembali dengan 45 pilihan yang ada serendah RM3.18 sahaja!
Sushi merupakan makanan yang popular atau ikon makanan dari Jepun dan hampir semua orang pasti tahu. Terdapat banyak jenis sushi dan penyediaan sushi juga tidaklah semudah yang kita sangka.
Namun berita baik kepada penggemar makanan ini, Sushi King Bonanza kini kembali lagi menghantui mereka yang memang sangat sukakan sushi lebih-lebih dari Sushi King!
Sushi King Bonanza dengan 45 pilihan!
Menawarkan 45 pilihan hidangan sushi dengan harga RM3.18 (termasuk cukai), Sushi bonanza telah bermula pada 4 hingga 7 November 2019 di beberapa negeri iaitu Penang, Perlis, Perak, Johor, Negeri Sembilan, Kelantan dan juga Sarawak.
Kali ini, sushi bonanza ‘menyerang’ pencinta sushi di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka, Kedah, Pahang, Terengganu dan termasuklah Sabah.
Muat turun aplikasi Sushi King MY
Jangan lupa untuk muat turun aplikasi Sushi King MY di Google Play atau App Store untuk menyertai pesta sushi ini.
Promosi sah untuk dine-in sahaja
Bonanza ini hanya sah untuk dine-in sahaja dan tidak sah untuk takeaway.
Maksimum tiga orang untuk satu keahlian SK
Paling best, anda yang mempunyai keahlian Sushi King boleh bawa dua rakan anda lagi untuk menikmati sushi kegemaran anda di outlet Sushi King berhampiran anda.
45 minit untuk satu sesi makan
Anda mempunyai masa selama 45 minit untuk setiap satu sesi makan di Sushi King dan elakkan pembaziran kerana setiap baki makanan anda dikenakan caj.

Sertai Smiles Contest Bonanza!
Selain anda boleh makan sampai kenyang, jangan lupa untuk sertai juga Smiles Contest kerana anda berpeluang untuk menang Smile Points!
Anda hanya perlu ikuti langkah yang dikongsi di laman rasmi Facebook Sushi King ini.
Sumber : Facebook Sushi King
-
Travel5 years ago
Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi
-
Foodie4 years ago
Khas untuk si ‘single’ ! Restoran Johor buat perkhidmatan carikan teman makan bersama
-
Foodie5 years ago
Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’
-
Foodie4 years ago
Giliran Malaysia pula, Hello Kitty Carrier bakal dijual pada 27 November di McDonald’s
-
Foodie5 years ago
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
-
Travel4 years ago
Kain ditenun penduduk, Garuda Indonesia perkenal uniform baru
-
Travel4 years ago
18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan
-
Channel5 years ago
Roti Tsunami Pak Ali, Pantai Dalam Kuala Lumpur
You must be logged in to post a comment Login