Connect with us

Foodie

Super Ring jadi kegemaran ahli Blackpink, Jennie dan Jisoo

Published

on

Pelbagai pilihan makanan ringan yang ada di negara kita dan salah satu menjadi pilihan utama ramai adalah keropok keju, Super Ring.

Siapa sangka, Super Ring kegemaran rakyat Malaysia ini telah memikat hati dua penyanyi popular dari Korea Selatan dan ini amat membanggakan sebagai rakyat Malaysia.

Jadi kegemaran Jisoo dan Jennie Blackpink

Artis popular yang juga anggota kumpulan penyanyi perempuan paling top itu pertama kali menikmati Super Ring semasa mengadakan konsert di Singapura.

Peminat mereka telah memberikan Jennie satu beg yang berisi Super Ring dan sejak itu ia menjadi kegemaran mereka berdua.

Super Ring sampai di Korea

Bukan itu sahaja, makanan ringan kegemaran rakyat Malaysia sudah mulai dijual di Korea dengan harga yang mahal berbanding di sini.

Gembira sangat jumpa Super Ring

Dalam video yang berdurasi 1 minit 46 saat itu, kelihatan dua penyanyi jelita ini sangat gembira apabila menemui keropok yang dicari-cari oleh mereka di salah sebuah 7-Eleven semasa konsert di Kuala Lumpur.

Sumber : @moonstarbyulie, mangoshu

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending