Foodie
Sos coklat pekat gantikan sos cili, ini perasaan kami setelah mencuba menu terbaru La Mole Burger A&W ini
Baru-baru ini, syarikat makanan segera A&W telah pun memperkenalkan produk terbaru mereka iaitu La Mole Burger yang disaluti dengan coklat pekat yang enak bagi mengantikan sos cili pedas. Roti burger yang berwarna hitam tampak mewah beserta daging ayam yang rangup pastinya membuatkan anda seolah-olah berada diawang-awangan dek kerana keenakan La Mole Burger.
Keunikan burger ini sangat sedap dan lembut yang menggunakan sos coklat pekat dalam burger tersebut.
Setiap set regular yang berharga RM9.80. Harga bagi ala carte pula adalah RM8.50. Harga ni harga standard tau dan sangat berpatutan. Bagi korang yang suka kan La Mole aiskrim, nuggets, waffle dan nanchos boleh try makanan tersebut dengan harga serendah RM10 je.
Pujian patut diberi kepada keunikan rotinya yang lembut dan sedap. Nampak ‘mewah’ dan lain dari yang lain. Once, burger dah masuk mulut korang, pastinya korang rasa terpaku dengan keenakan burgernya. Semerbak bau coklat pekat dan ayam rangup dia rasa macam ‘heaven gila’.
Dari penelitian kami, saiz burger dia besar. Patty dia tebal. Coklat dia padu dan tak kedekut.
So, bila kami bukak je burger tu ini komposisinya:
– Roti ban istimewa berwarna hitam
– Mayonis
– Sos coklat (digantikan sos cili)
– Salad, tomato dan bawang
– Patty ayam goreng
Bab ketebalan patty ayam dia korang toksah risau, lebih kurang seinci tebalnya. So bila makan tu, first benda yang kami dapat rasa adalah kemanisan coklat tu berserta kerangupan ayamnya.
Tapi overall, rasa dia sangat sedap dan berpuas hati.
Lepas makan burger yang lazat tu, kami try aiskrim vanilla yang penuh berkrim dan sangat sedap. Sedap beb! Cair dalam mulut.
-
Travel5 years ago
Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi
-
Foodie4 years ago
Khas untuk si ‘single’ ! Restoran Johor buat perkhidmatan carikan teman makan bersama
-
Foodie5 years ago
Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’
-
Foodie4 years ago
Giliran Malaysia pula, Hello Kitty Carrier bakal dijual pada 27 November di McDonald’s
-
Foodie5 years ago
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
-
Travel4 years ago
Kain ditenun penduduk, Garuda Indonesia perkenal uniform baru
-
Travel4 years ago
18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan
-
Channel5 years ago
Roti Tsunami Pak Ali, Pantai Dalam Kuala Lumpur
You must be logged in to post a comment Login