Foodie
Snek ‘Ghost Pepper Mamee Monster’ terbaru, pedas gila!
Bagi peminat Mamee Monster, korang pasti mengetahui tentang keluarannya sebelum ini, iaitu Mamee Ghost Pepper Noodle. Tahap kepedasan Mamee Ghost tu bukan main lagi, boleh berdesing telinga, kebas lidah dibuatnya.
Mamee Monster confirm pedas!
Namun kali ini, Mamee telah mengeluarkan snek terbaru yang diberi nama ‘Ghost Pepper Mamee Monster‘.
Pembungkusan yang menggunakan warna hitam dan biru berbeza dengan snek Mamee yang sebelum ini yang mengutamakan warna kuning.
Design packaging snek Mamee keluaran baru ini seolah-olah memberi amaran kepada pembeli untuk berhati-hati semasa hendak makan snek tersebut.
Eat at your own risk!
Ditambah lagi dengan peringatan seperti ‘Eat At Your Own Risk‘. Mamee ini juga tidak disarankan untuk kanak-kanak pada muka depan pembungkusan snek tersebut.
Boleh bayang tak kepedasan dia tu macam mana?
Snek tersebut juga kelihatan sangat berbeza apabila mi yang digunakan berwarna hitam, tidak seperti keluaran biasa Mamee.
Snek ini dah boleh didapati di pasaraya Aeon yang berhampiran, namun korang perlu memastikan dengan cermat, bimbang jika tertukar dengan Mamee biasa.
Pembungkusan luaran pek besar snek berkenaan seakan-akan sama dengan perisa biasa, namun terdapat kelainan sedikit padanya.
Yang mana suka makan snek pedas-pedas tu, jangan lepaskan peluang ni dan cuba rasa kepedasannya.
Sumber: Foodie
-
Travel5 years ago
Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi
-
Foodie4 years ago
Khas untuk si ‘single’ ! Restoran Johor buat perkhidmatan carikan teman makan bersama
-
Foodie5 years ago
Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’
-
Foodie4 years ago
Giliran Malaysia pula, Hello Kitty Carrier bakal dijual pada 27 November di McDonald’s
-
Foodie5 years ago
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
-
Travel4 years ago
Kain ditenun penduduk, Garuda Indonesia perkenal uniform baru
-
Travel4 years ago
18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan
-
Channel5 years ago
Roti Tsunami Pak Ali, Pantai Dalam Kuala Lumpur
You must be logged in to post a comment Login