Connect with us

Foodie

KFC Snack Plate hanya RM11 sahaja, ini promosi makanan sempena 11.11

Published

on

Pastinya setiap kali tibanya bulan November, pasti ramai yang menantikan tarikh 11 November untuk membeli-belah kerana harga yang ditawarkan jatuh sebanyak 50% daripada harga sebenar.

Oleh itu, kepada anda yang rambang mata dan masih buntu ingin memilih hidangan yang mana satu, berikut adalah senarai promosi makanan dan minuman kegemaran korang!

Secret Recipe Buy 1, Free 1

Bagi anda penggemar boba tea, anda boleh serbu cawangan Secret Recipe berhampiran anda kerana pada 11.11 nanti, setiap pembelian air minuman boba anda akan dapat satu lagi minuman percuma.

KFC Snack Plate RM11

Cawangan makanan segera terkenal, KFC juga membuat tawaran istimewa sempena tarikh istimewa 11.11 nanti yang bermula dari 10 pagi hingga 10 malam.

Anda hanya perlu tunjukkan sahaja gambar ini untuk menikmati tawaran RM11 Snack Plate Combo ini kecuali KFC Genting Highlands, KFC Mall of Medini dan semua KFC lapangan terbang.

 

Daboba RM1

Selain anda boleh dapatkan boba tea di Secret Recipe, anda boleh mengunjungi Daboba juga kerana syarikat minuman ini tidak ketinggalan bagi promo 11.11 ini.

Anda hanya perlu membayar RM1 sahaja bagi cawan kedua dan ini memang jimat sangat!

Baskin Robbins 31% Off

Syarikat aiskrim ini juga mengambil peluang untuk memberikan anda special offer dengan memberikan 31% diskaun bagi pembelian aiskrim mereka yang akan berlangsung satu hari pada 11.11.

llao llao Froyo

Penggemar frozen yogurt atau froyo juga tidak perlu susah hati kerana, llao llao membuat tawaran yang memang gila kerana kesemua froyo pada harga RM11 sahaja.

Famous Amos Buy 1, Free 1

Tengok packaging Famous Amos sahaja pun anda pasti boleh bayangkan bau coklat ini kan?

Famous Amos tidak ketinggalan bagi promosi 11.11 ini, setiap satu pembelian anda akan dapat satu lagi pack biskut percuma!

Pandan Nasi Lemak

IKEA juga tidak ketinggalan ada membuat tawaran istimewa sempena 11.11 nanti.

Hidangan terbaru adalah Pandan Nasi Lemak bersama rendang ayam yang berharga RM7.90, boleh dapatkan pada hari Isnin hingga Jumaat pada waktu lunch 11 pagi – 3 petang dan waktu dinner dari 5 petang.

16pcs Spicy Chicken Ball

Hidangan kedua terbaru pula ada spicy chicken ball dengan harga RM16.50, anda akan dapat 16 ketul bebola ayam bersama kentang goreng dan green peas.

Bee Hoon Goreng

Bagi anda yang ingin breakfast di cawangan IKEA pada 11.11 nanti, anda boleh menikmati tawaran Bee Hoon Goreng bersama scramble egg pada harga RM1.10 sahaja! Murah gila.

12 pcs Meatball

Tak tahu nak lunch mana pada 11.11 nanti? Nikmati tawaran 12 pcs Meatball dengan harga RM11 sahaja bermula 11 pagi hingga 3 petang.

Chicken Chop

Teringin nak makan chicken chop dengan mushroom sauce and soup untuk dinner? Jangan risau kerana IKEA pun ada tawaran untuk chicken chop pada harga RM11 sahaja dari pukul 5 petang hingga 9.30 malam.

Salted Egg Chicken Wings

Menu lain terbaru dari IKEA dengan tawaran istimewa adalah Salted Egg Chicken Wings yang berharga RM17.90

IKEA Brown Sugar Milk

Kali ini, IKEA telah melancarkan menu terbaru mereka iaitu Brown Sugar Milk pada harga RM6.50 yang boleh didapatkan bermula 11 November hingga 31 Disember di Kafe IKEA.

Xing Fu Tang, 33% diskaun

Penggemar minuman boba Xing Fu Tang, berita gembira untuk anda kerana pada 11.11, setiap pembelian kedua anda akan dapat 33% diskaun!

Promosi ini hanya boleh didapati di cawangan Xing Fu Tang Mid Valley Southkey sahaja.

Buy 1, Free 1 Oldtown White Coffee

Promosi pada setiap 11 haribulan setiap bulan ini, anda hanya perlu bawa rakan anda untuk menikmati promosi double date ini.

Anda boleh memilih hidangan dari tiga menu yang ditawarkan sepanjang promosi ini dari pukul 11 pagi – 10 malam.

11% diskaun untuk 2 set hidangan McDonald’s

Meraikan tarikh istimewa 11.11 ini, McDonald’s akan memberikan potongan sebanyak 11% bagi setiap pembelian dua set hidangan McDonald’s dari tujuh menu pilihan.

Tealive beli satu, percuma satu

Bagi anda yang suka shopping online, jangan lupa untuk beli baucer dari Lazada untuk mendapatkan promosi Tealive #TealiveCoffee beli satu, percuma satu.

Promosi pizza RM1

Penggemar pizza anda mesti suka dengan promosi ini kerana Pizza Hut memberikan tawaran promosi pizza RM1 sahaja dengan setiap pembelian pizza regular ala carte yang terpilih.

Burger King RM11

Burger King menawarkan dua set pilihan iaitu set Cheeseburger dan set Chick N’Crisp dengan harga RM11 sahaja untuk setiap set yang disertakan dengan dua minuman, satu kentang goreng dan dua burger.

TGIF RM11.11

Nikmati promosi Beef Burger ini dengan setiap pembelian main course di TGIFridays dan ianya terhad kepada satu setiap pelanggan.

Bagi anda yang tidak makan daging lembu, jangan risau kerana burger ini boleh ditukarkan kepada Champs Chicken Burger.

Sumber : sajeshare

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending