Connect with us

Travel

Sibuk tayang berjaya mendaki tapi tinggalkan ‘sampah’ di Gunung Kinabalu, lelaki ini selar sikap pendaki tiada sivik

Avatar

Published

on

Sejak kebelakangan ini, kegiatan membuang sampah sarap di tempat awam telah menjadi isu hangat yang dibincangkan oleh netizen. Aktiviti yang tidak bertamadun itu telah menarik perhatian, ini membuktikan kesedaran rakyat Malaysia masih rendah berkenaan penjagaan alam sekitar.

Namun,baru-baru ini, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Wilson Ls Thaddeus telah memuat naik beberapa foto yang menunjukkan sampah telah ditinggalkan di Gunung Kinabalu. Nama pendaki tersebut juga boleh dilihat di kertas-kertas itu.

Berikutan itu, muat naik tersebut telah mendapat 125 komen dan dikongsi oleh 1,100 pengguna Facebook.

Selain mencemarkan keindahan Gunung Kinabalu yang merupakan puncak tertinggi di Asia Tenggara, rata-rata netizen yang melihat posting itu meluahkan perasaan sedih dan marah kerana gunung tersebut merupakan tempat suci bagi penduduk setempat.

Terdapat sebahagian netizen yang menyarankan pengguna Facebook tersebut melaporkan kejadian itu kepada pihak yang bertanggungjawab.

Soft drink saya tertumpah atas gunung pun serba salah, ini pula tinggalkan sampah…

Tolong buat report!

Take nothing but photographs, keep nothing but memories, leave nothing but footprint…

Susulan kejadian itu, dia yang merupakan petugas di Gunung Kinabalu telah menasihati orang ramai untuk tidak membuang sebarang sampah dan hanya meninggalkan kenangan apabila mendaki gunung tersebut.

Kepada pendaki di luar sana, semoga posting tersebut dapat dijadikan pengajaran dan iktibar kepada kita semua.

Sumber: Facebook

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending