Connect with us

Foodie

“Siapa yang berjaya habiskan?” – The Alley jual air minuman boba tea dalam bekas 5 liter

Published

on

Penggemar boba tea pasti teruja apabila salah satu syarikat rangkaian minuman boba tea telah mengadakan cabaran yang tidak pernah dibuat oleh mana-mana pihak lagi.

Jika anda rasa saiz cawan boba tea itu tidak cukup dan tidak memuaskan, The Alley telah melancarkan minuman mereka bersaiz besar, 5 liter pada 4 Oktober 2019 yang lalu.

Cabaran 5 liter

Dalam posting di laman Instagram, pihak The Alley telah menerangkan syarat yang perlu dipatuhi dan jenis cabaran yang akan dilakukan oleh mereka yang berminat.

https://www.instagram.com/p/B3JUPFcHRe0/

Cabaran 1: tongue twister

Ada dua cabaran yang anda harus hadapi, pertama sekali adalah melakukan tongue twister dalam masa 12 saat baru anda akan mendapat diskaun sebanyak 12% untuk minuman 5 liter.

Cabaran 2: Ambil gambar bersama 5 liter minuman

Manakala cabaran kedua adalah lebih mudah dimana anda hanya perlu mengambil gambar bersama rakan anda bersama-sama minuman 5 liter dan muat naik di laman media sosial.

Jika anda pemenang yang terpilih, tahniah! Ini kerana anda akan diberikan minuman 5 liter lagi oleh The Alley!

Hanya RM69.50 sahaja!

Bagi anda yang berminat untuk turut serta dalam cabaran ini, 5 liter boba tea ini dijual pada harga RM69.50 pada harga diskaun daripada harga asal iaitu, RM79.

Sahut cabaran 5 liter

Cabaran itu telah disahut oleh rata-rata penggemar boba tea dan memuat naik di laman sosial media masing-masing.

Sumber : FB The Alley Malaysia, thealley.my, shout.sg

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending