Connect with us

Travel

“Shower tengah2 bilik!” -Lelaki kongsi tempat bulan madu mewah tapi murah di Pulau Pinang

Published

on

Pulau Pinang yang terkenal dengan gelaran Pulau Mutiara merupakan destinasi travel yang sememangnya popular di negara kita.

Ia sentiasa menjadi tumpuan pelancong tidak kira dari dalam dan luar negara, kerana terdapat banyak lokasi dan tempat makan menarik yang boleh dikunjungi di sana.

Terbaru seorang pengguna laman Twitter Faisal Hussamuddin telah berkongsi tempat penginapan bersama isterinya sempena ulang tahun perkahwinan mereka di salah sebuah hotel baru Georgetown, Penang.

Shower tengah2 bilik

Prestige Hotel adalah hotel terbaru yang dibuka di sana yang sememangnya menjadi tumpuan semua orang untuk menginap di sana.

Bilik di hotel ini nampak begitu mewah dan premium dengan harga yang ditawarkan pula adalah RM300 bagi satu malam.

Apa yang paling menarik dalam perkongsian beliau adalah bilik mandi kaca berada di tengah-tengah bilik!

“Paling best shower tengah2 bilik dia sebab partner boleh tengok kita mandi..”

Pemilihan warna putih dan emas di dalam bilik hotel ini juga memang rasa ekslusif sangat dan memberikan ‘mood’ yang tenang sahaja.

Pelbagai pilihan makanan untuk breakfast

Selain itu, hotel ini juga mempunyai banyak pilihan makanan yang sedap dan tengok sahaja rekaan ruangan makan di hotel ini sangat cantik!

Anda hanya perlu add-on RM20 untuk seorang bagi breakfast di sini.

Port bergambar yang cantik

Bagi pengunjung di hotel ini, anda tidak perlu risau jika mahu mencari port OOTD kerana terdapat port yang Instaworthy sangat dan memang cantik.
Setiap sudut di hotel ini memang menarik dan memang sangat instagramabble untuk mereka yang rajin ber-OOTD.

Rooftop ada infinity swimming pool!

Bukan itu sahaja, rooftop hotel ini terdapat infinity pool dengan pemandangan Penang Ferry Port yang sememangnya cantik sangat!
Pengunjung di hotel ini bukan sahaja boleh swimming dan melepak di rooftop, tapi ini juga boleh menjadi port untuk mengambil gambar.

Main entrance yang cantik

Ingatkan hotel di overseas tapi lihat sahaja dari main entrance hotel pun sudah cukup cantik dan jelas terserlah kesempurnaannya.

Sumber : Twitter

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending