Travel
Setinggi 23 tingkat, 20 pusingan! Gelongsor air terpanjang di dunia telah siap sepenuhnya di Pulau Pinang!
Beriadah bersama keluarga dan teman-teman adalah aktiviti yang sangat seronok dilakukan bersama-sama.
Baru-baru ini, berita pembukaan gelongsor terpanjang di dunia di Escape Theme Park di Teluk Bahang, Pulau Pinang telah mula diketahui ramai apabila ianya dijangka bakal siap sepenuhnya.
Walaupun tidak diumumkan secara rasmi tarikh dan hari tersebut, namun pembukaan gelongsor ini bakal menjadi destinasi tumpuan pelancong seluruh dunia.
Tercatat dalam Guinness World Records
Gelongsor dengan ketinggian 70 meter atau bersamaan ketinggian bangunan 23 tingkat pastinya akan menjadi tarikan terbaru.
Lebih istimewa lagi apabila gelongsor air dengan panjang 1,140 meter yang juga menerima pengiktirafan daripada Guinness World Record (GWR).
Berpusing sebanyak 20 kali
Pengunjung akan dibawa berpusing sebanyak 20 kali dan menggelongsor yang akan menyeberangi Jalan Teluk Bahang di sebelah jambatan gantung dan dapat menikmati pemandangan indah melalui puncak bukit.
Dengan kelajuan 15 km/j, pengunjung akan sampai ke taman tema air dengan anggaran 4 minit sahaja.
Kereta kabel melalui kawasan hutan
Pengunjung tidak perlu risau untuk naik ke puncak bukit kerana ada kereta kabel menghubungkan kaki bukit hingga ke permulaan gelongsor air.
Ini adalah amat unik kerana kereta kabel akan melalui kawasan hutan!
Selain itu, taman tema air ini mempunyai tarikan utama yang lain termasuklah ‘Adventure Play’ dan ‘Water Play’.
-
Travel2 years ago
Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi
-
Foodie1 year ago
Khas untuk si ‘single’ ! Restoran Johor buat perkhidmatan carikan teman makan bersama
-
Foodie2 years ago
Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’
-
Foodie1 year ago
Giliran Malaysia pula, Hello Kitty Carrier bakal dijual pada 27 November di McDonald’s
-
Travel1 year ago
Kain ditenun penduduk, Garuda Indonesia perkenal uniform baru
-
Channel2 years ago
Roti Tsunami Pak Ali, Pantai Dalam Kuala Lumpur
-
Foodie2 years ago
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
-
Travel1 year ago
18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan
You must be logged in to post a comment Login