Foodie
Senyum sahaja, boleh dapat aiskrim & McNugget McDonald secara percuma
McDonalds adalah sebuah rangkaian restoran makanan segera yang popular di Malaysia. Mengekalkan tagline ‘Smile’, kali ini McDonalds bakal memberikan promosi khas kepada pelanggan.
Percaya atau tidak, dengan hanya senyuman pelanggan boleh mendapatkan aiskrim dan McNugget secara percuma. Promosi tersebut telah diadakan bersempena dengan kempen “Hotlink Smile4REWARDS”.
Senyum je!
Cara2nya! Mudah je gaiss…
Pelanggan hanya perlu melawat kiosk McDonalds dan bergambar bersama, seterusnya pelanggan akan menerima baucer yang boleh digunakan untuk menebus aiskrim Chocolate Sundae secara percuma.
Selain itu, pengguna aplikasi Hotlink Red atau MyMaxis, anda boleh menunjukkan baucer serta aplikasi tersebut di kaunter McDonald untuk mendapatkan aiskrim dan 4 ketul McNugget.
Kepada pengguna setia kedua-dua aplikasi tersebut, anda boleh mendapatkan Sundae Cone percuma di semua cawangan McDonald di seluruh negara.
Walau bagaimanapun, kiosk “Smile4REWARDS” hanya ditempatkan di 4 cawangan iaitu McDonald’s Bangi Drive-Thru, Section 3 Shah Alam, Jalan Gopeng Drive-Thru dan Jalan Tebrau Drive-Thru.
Kempen tersebut akan berlangsung hingga 18 Mei 2019. Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk menebus aiskrim dan McNugget secara percuma!
Sumber: SoyaCincau
-
Travel5 years ago
Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi
-
Foodie4 years ago
Khas untuk si ‘single’ ! Restoran Johor buat perkhidmatan carikan teman makan bersama
-
Foodie5 years ago
Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’
-
Foodie4 years ago
Giliran Malaysia pula, Hello Kitty Carrier bakal dijual pada 27 November di McDonald’s
-
Foodie5 years ago
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
-
Travel4 years ago
Kain ditenun penduduk, Garuda Indonesia perkenal uniform baru
-
Travel4 years ago
18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan
-
Channel5 years ago
Roti Tsunami Pak Ali, Pantai Dalam Kuala Lumpur
You must be logged in to post a comment Login