Connect with us

Travel

Sempena Kempen Dump Your Ex, Firefly tawar diskaun 50% untuk tiket penerbangan

Published

on

Kempen Dump Your Ex? Baca nama kempen pon dah boleh buat orang tertanya-tanya. Okay bertenang semua, promosi ni memang betul terjadi! Syarikat penerbangan Firefly telah menawarkan diskaun sebanyak 50% untuk setiap pembelian tiket penerbangan sempena Kempen Dump Your Ex.

Siapa je yang tak teruja bila mana syarikat penerbangan menawarkan diskaun ke destinasi yang ingin dituju.

Tapi mesti ramai yang salah faham dengan maksud kempen Firefly, Dump Your Ex ini kan? Sebenarnya, apa yang Firefly maksudkan adalah jika anda setia bersama mereka, sudah tentu banyak pilihan yang akan diperolehi. Antaranya adalah anda akan dapat mendaftar masuk bagi sebanyak 20kg secara percuma sahaja ke setiap penerbangan pilihan anda.

Korang mesti tertanya-tanya kan, bagaimana nk dapatkan tawaran 50% potongan harga untuk tiket penerbangan Firefly menerusi kempen Dump Your Ex ni kan? Alah senang je.

Anda cuma perlu simpan bukti pembelian tiket atau bukti pernah menaiki pesawat daripada syarikat penerbangan lain, kemudian ikut sahaja langkah di bawah.

TIKET PERGI-BALIK

  • Tempah, bayar dan terbang secara pergi balik atau sehala (Laluan Domestik Firefly) dengan syarikat penerbangan lain dalam tempoh 6 bulan yang lalu
  • Tunjukkan kami bukti di http://bit.ly/DumpYourEx. Nyatakan nama anda, maklumat terperinci serta jawab soalan.
  • Tempah penerbangan sehala atau dua hala seterusnya dengan Firefly dan dapatkan potongan harga 50% pada penerbangan pulang anda (satu hala).

TIKET SEHALA

  • Tempah dan bayar perjalanan sehala (Laluan Domestik Firefly) dengan syarikat penerbangan yang lain.
  • Tunjukkan kami bukti di http://bit.ly/DumpYourEx. Nyatakan nama anda, maklumat terperinci serta jawab soalan.
  • Tempah penerbangan pulang Firefly (satu arah) dengan potongan harga 50%.

Tertakluk kepada terma dan syarat: http://bit.ly/TnCDYX . 

Jadi apa tunggu lagi, Firefly akan berikan tawaran paling baik untuk anda. Dah boleh ambil cuti dan tempah tiket penerbangan anda sekarang. Kempen Dump Your Ex ini bermula pada 1 Julai 2019 sehingga 7 Julai 2019. Sempat lagi ni.

Untuk pertanyaan lanjut boleh terus hubungi Laman Web Rasmi Firefly: https://www.fireflyz.com.my/

 

 

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending