Travel
Sempat mencuri barang hotel, pelancong dari India tertangkap sebelum berangkat
Kalau kisah pelancong dari Tanah Besar China yang selalu buat hal, atau melakukan perkara-perkara yang tidak senonoh dah selalu kita dengar, tapi lain pulak cerita kali ni apabila satu keluarga dari India ditangkap oleh pekerja hotel akibat mencuri.
Kejadian tersebut yang berlaku di The Royal Purnama, sebuah hotel terkenal di Gianyar, Bali sempat dirakam oleh seorang pengguna Twitter. Rakaman tersebut menunjukkan saat pekerja hotel menyelongkar bagasi-bagasi yang dibawa pelancong tersebut dan menemukan barang-barang perkakas milik hotel tersebut disorok di celahan baju milik mereka.
https://twitter.com/intanpayu/status/1155038497805180929
Pelancong yang tertangkap berkenaan berusaha meminta maaf dan berkeras untuk tidak mahu dilaporkan kepada pihak polis namun pengurus hotel bertindak untuk tidak mendengar kata-kata mereka. Antara barang yang dicuri adalah penyangkut baju, bekas mandian, tuala, alas kaki, alat pengering rambut dan banyak lagi.
Kejadian tersebut disedari apabila pihak hotel membuat pemeriksaan dan pembersihan di bilik yang didiami keluarga tersebut selama 3 malam tapi mula berasa curiga dengan ketiadaan beberapa barangan. Sejurus keluarga tersebut membuat urusan ‘check out’, pihak hotel bertindak menggeledah bagasi kepunyaan mereka dan akhirnya tertangkap.
Kes berkenaan dikatakan selesai setelah pelaku membayar ganti rugi kepada pihak hotel sebanyak USD250 atau 3.5 juta Rupiah.
Sumber: Intanpayu
-
Travel5 years ago
Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi
-
Foodie4 years ago
Khas untuk si ‘single’ ! Restoran Johor buat perkhidmatan carikan teman makan bersama
-
Foodie5 years ago
Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’
-
Foodie4 years ago
Giliran Malaysia pula, Hello Kitty Carrier bakal dijual pada 27 November di McDonald’s
-
Foodie5 years ago
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
-
Travel4 years ago
Kain ditenun penduduk, Garuda Indonesia perkenal uniform baru
-
Travel4 years ago
18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan
-
Channel5 years ago
Roti Tsunami Pak Ali, Pantai Dalam Kuala Lumpur
You must be logged in to post a comment Login