Connect with us

Foodie

“Semangat beratur panjang, tapi mengecewakan…” -Netizen berang Boba Tea keluaran Cik B indah khabar dari rupa

Published

on

Selepas mengeluarkan produk Salmon Salted Egg yang mendapat sambutan ramai, Cik B atau anak kepada Dato Seri Vida mula memperkenalkan produk baru keluarannya iaitu Boba Tea yang diberi nama Cik B Boba dan juga cheese stick dengan nama Crumpso.

Satu-satunya anak perempuan kepada usahawan terkenal itu sudah mula berjinak-jinak dalam perniagaan seperti ibunya.

Produk itu mula dijual di karnival jualan terkenal, Mood Republik di Kuantan, Pahang. Namun rata-rata ramai peminat Cik B dan Dato Seri Vida kecewa dengan jualan tersebut apabila ianya dikatakan indah khabar dari rupa.

Ramai yang meluahkan perihal tersebut di laman Instagram Dato Seri Vida.

Luahan hati si pembeli

Tak berbaloi dengan harga katanya

Harga taraf starbuck tapi kualiti out

Boba Tea yang dijual tersebut dikatakan berbeza dengan yang lain memandangkan ianya datang dengan creme brulee dan menggunakan coklat berkualiti tinggi iaitu dari Belgium.

Walaubagaimanapun berbeza dengan pendapat pelanggan-pelanggan yang sudah berkesempatan merasainya sendiri.

So, korang rasa berbaloi ke Boba Tea sebegitu diletakkan harga sehingga RM15, walhal rasanya tidaklah seberapa kalau nak dibandingkan dengan jenama Boba Tea yang lain.

Sumber: Dato Seri Vida

 

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending