Connect with us

Foodie

Selepas setahun ditutup, kedai roti ‘The Loaf’ telah dibuka semula dengan pemilik baharu

Avatar

Published

on

Seperti sedia maklum, kedai roti premium ‘The Loaf’ telah ditutup pada bulan April 2018 selepas 12 tahun beroperasi. Sebelum ini, kedai roti tersebut merupakan usaha sama antara Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad dan syarikat berkepentingan Jepun, Motoko Resources Sdn Bhd.

Namun, ia telah diarahkan tutup kerana kedai tersebut mengalami kerugian. Walau bagaimanapun, terdapat berita baik bahawa kedai ‘The Loaf’ telah dibuka semula dengan pemilik baharu.

Pemilik baru…

Kini, kedai itu telah bertukar milik kepada sebuah syarikat pembinaan, yang dikenali sebagai Ekovest Bhd. Syarikat tersebut telah membeli 100% kepentingan ‘The Loaf’ dan pembelian ini merupakan strategi mereka untuk menembusi industri makanan dan minuman (F&B).

Ada kat Sunway Pyramid, Nu Sentral & lain-lain lagi gaiss…

Antara cawangan ‘The Loaf’ yang telah dibuka adalah di Sunway Pyramid, Nu Sentral, Langkawi Perdana Quay dan Pavilion. Menurut laporan Free Malaysia Today, syarikat tersebut turut merancang untuk membuka 10 cawangan lagi menjelang akhir tahun ini.

Kepada penggemar roti ‘The Loaf’, anda bolehlah berkunjung ke cawangan yang berdekatan untuk menikmati roti premium yang disajikan oleh mereka.

Sumber: Free Malaysia Today

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending