Connect with us

Foodie

Selepas minuman Slurpee, kini 7-Eleven Malaysia perkenal Aiskleem Mocha

May Ai Mui

Published

on

Kedai serbaneka 7-Eleven sememangnya dikenali dengan minuman Slurpee, yang boleh didapati dalam beberapa perisa seperti blueberri dan tutti frutti. Minuman sejuk beku itu menjadi kegemaran orang ramai, namun 7-Eleven Malaysia telah mengeluarkan produk baharu iaitu aiskrim kon.

Kepada penggemar aiskrim di luar sana, pastinya anda akan berasa gembira dengan kehadiran aiskrim baharu di 7-Eleven Malaysia yang telah mula dijual pada 1 Mac lalu.

Selain aiskrim ‘Unicornetto’, kedai serbaneka itu telah menampilkan aiskrim berperisa mocha, yang diberi nama ‘Aiskleem Mocha’.

Hanya terdapat di cawangan terpilih sahaja…

Namun, ‘Aiskleem Mocha’ ini hanya terdapat di beberapa kedai 7-Eleven yang terpilih sahaja. Antara cawangan yang terpilih ialah Berjaya Times Square, Sungei Wang Plaza, Kl Sentral dan lain-lain lagi.

Berikut merupakan senarai kedai 7-Eleven yang menjual aiskrim tersebut.

 

RM2.50 je gais!

Harga aiskrim perisa mocha ini adalah RM2.50 sahaja, rasanya yang manis dan berkrim pasti dapat melegakan tekak terutamanya ketika cuaca panas.

Kepada anda yang ingin mencuba kombinasi antara aiskrim dan mocha, bolehlah membelinya di cawangan 7-Eleven yang terpilih.

 

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending