Connect with us

Foodie

Selepas aiskrim, kini giliiran ‘Milk Tea’ perisa ‘White Rabbit’ diperkenalkan

Published

on

Nampaknya fenomena gula-gula White Rabbit masih berterusan apabila sebuah syarikat minuman, Yumcha My telah bekerjasama dengan Muse Eatery, telah mengumumkan keluaran terbaru mereka iaitu milk tea perisa White Rabbit. 

Minuman tersebut telah diperkenalkan melalui laman Facebook milik mereka dan sudah semestinya posting itu membuatkan orang ramai berasa teruja. Muat naik tersebut telah mencecah 985 tanda suka (likes) dan dikongsi oleh 6,200 pengguna Facebook.

Butterfly Pea Boba…

Minuman terbaru ini menggunakan mutiara biru (Blue Boba) yang dikenali sebagai ‘Butterfly Pea Boba’. Menariknya tentang penggunaan mutiara tersebut ialah ia kurang manis dan lebih sihat berbanding mutiara biasa yang sering digunakan dalam minuman milk tea.

Cuaca panas dapat minum ni, fuh nikmat!

Rata-rata netizen berasa teruja dan tidak sabar untuk mencuba minuman baharu ini. Namun, terdapat segelintir netizen yang memberi komen berunsur jenaka apabila mereka menantikan menu makanan seterusnya yang berperisa White Rabbit.

Jom, jom, jom!

What’s next? 

White rabbit cake, white rabbit yogurt, white rabbit donuts…

Kepada penggemar minuman milk tea, anda bolehlah berkunjung ke Yumcha My yang bertempat di 39, Jalan PJS 11/9, Bandar Sunway, Petaling Jaya dan Muse Eatery di BG-7, Block B, Happy Mansion, Jalan 17/13, Petaling Jaya untuk menikmati minuman keluaran terbaru itu.

Minuman tersebut boleh didapati bermula 23 Mac yang lalu, pastinya mengimbau kembali zaman kanak-kanak anda semua.

Sumber: Facebook

 

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending