Connect with us

Travel

Selepas 20 tahun beroperasi, ‘Grand Seasons Hotel’ telah ditutup sepenuhnya pada bulan Februari

Published

on

Siapa sangka ‘Hotel Grand Seasons Kuala Lumpur’ yang terletak di Jalan Pahang telah ditutup sepenuhnya pada bulan Februari yang lalu. Menurut sumber dalaman, penutupan tersebut adalah berpunca daripada cabaran kewangan yang dihadapi oleh hotel tersebut selain beberapa isu yang lain seperti kompenen utiliti yang semakin usang.

Sayangnya, mmg betul2 dah tutup…

‘Hotel Grand Seasons’ yang pernah dinobatkan sebagai hotel tertinggi di Kuala Lumpur itu, adalah kepunyaan Lim Siew Kim yang merupakan anak perempuan kepada ahli perniagaan Genting Bhd, Tan Sri Lim Goh Tong.

Hotel tersebut yang dikendali oleh Prominview Sdn Bhd, juga berfungsi sebagai bangunan integrasi yang merangkumi ruang pejabat dan perniagaan.

Hanya 678 bilik yang digunakan…

Selain itu, bangunan setinggi 40 tingkat itu dilengkapi dengan 800 bilik. Namun, difahamkan bahawa hanya 678 bilik sahaja yang digunakan.

Menurut memo dalaman bertajuk “Notis Penutupan Perniagaan Hotel” bertarikh 21 Disember 2018, yang diterima oleh The Edge, bertulis “Hotel Grand Seasons telah mengalami beberapa kesulitan dan kerugian pada masa lalu disebabkan kos, perniagaan dan faktor operasi dan keadaan menjadi lebih sukar apabila terdapat banyak masalah dengan kemudahan bangunan yang usang, yang mengakibatkan hotel itu tidak berfungsi sebagai entiti perniagaan yang berdaya maju.”

“Sehubungan itu, Lembaga Pengarah telah membuat keputusan yang sukar untuk menghentikan operasi hotel berkuatkuasa pada 28 Februari 2019.”

Notis tersebut telah ditandatangani oleh Lembaga Pengarah Prominview, turut menyatakan bahawa pekerja akan menerima surat pemberhentian perkhidmatan.

Melalui posting yang dimuat naik oleh pengguna Facebook, Rizal Hakimm, berkenaan dengan berita penutupan hotel tersebut, ramai netizen meluahkan rasa kecewa mereka di ruangan komen posting itu.

Hotel yang begitu besar pun boleh tutup…

Sayang jadi apa lepas ni…

Menu makanan dia semua sedap…

Sumber: The Edge

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending