Foodie
Selain minuman, Taiwan perkenalkan 6 lagi jenis hidangan berasaskan boba
Fenomena Bubble Milk Tea telah melanda pasaran tempatan dengan satu persatu jenama diperkenalkan kepada para peminat minuman jenis ini di Malaysia. Lain pula di Taiwan, mereka memperkenalkan makanan yang kebanyakkannya boleh dinikmati sebagai pencuci mulut menggunakan boba pearl.
1. Boba Souffles
Pencuci mulut ini didatangkan secara deconstructed bersama puding teh susu beserta souffle lembut. Ada langkah satu demi satu untuk menyiapkan makanan ini tau. Seterusnya pelanggan boleh menambah susu pekat, aiskrim susu dan juga ketulan boba kegemaran ramai. Ermmm boleh bayangkan kelembutannya.
2. Boba Tart
Taiwan juga sering terkenal dengan keenakan tartnya yang panasserta rangup diluar. Jangan pelik, tapi ini antara ciptaan terbaru mereka yang mula mendapat perhatian. Tart yang berintikan boba pearl serta kastard telur ini kelihatan pelik tapi sedap dimakan. Pelanggan boleh mengunjungi kedai Liang Liang Hao untuk merasai pengalaman tersebut.
3. Boba Pancake
Haishh, tak terliur ke tengok meleleh krim tu dibuatnya. Pencuci mulut ini juga tak kurang hebatnya. Penkek teh hitam ini dihidangkan bersama krim susu dan juga ketulan boba yang melimpah ruah.
4. Boba Brulee
Ciptaan pencuci mulut boba kali ini boleh dianggap genius. Roti bakar yang diletakkan creme brulee cheese dan seterusnya diisi dengan boba pearl dan dihiasi dengan wafer berperisa coklat. Macam dah boleh rasa creme brulee panas panas tu.
5. Crystal Boba
Minuman ini mungkin nampak seperti sama saja dengan minuman bubble tea yang lain, tapi sebenarnya boba yang digunakan diperbuat daripada agar-agar dan ianya berwarna lebih jernih. Sedap ni kalau dapat minum waktu cuaca panas.
6. Boba Burst Bun
Dan yang terakhir adalah ban roti lembut yang berintikan krim teh hitam dan juga boba pearl yang kenyal. Pelanggan dapat menikmati tekstur yang berbeza pada pencuci mulut tersebut.
Sumber: Tasty
-
Travel5 years ago
Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi
-
Foodie4 years ago
Khas untuk si ‘single’ ! Restoran Johor buat perkhidmatan carikan teman makan bersama
-
Foodie5 years ago
Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’
-
Foodie4 years ago
Giliran Malaysia pula, Hello Kitty Carrier bakal dijual pada 27 November di McDonald’s
-
Foodie5 years ago
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
-
Travel4 years ago
Kain ditenun penduduk, Garuda Indonesia perkenal uniform baru
-
Travel4 years ago
18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan
-
Channel5 years ago
Roti Tsunami Pak Ali, Pantai Dalam Kuala Lumpur
You must be logged in to post a comment Login