Connect with us

Travel

Santai di pantai Laskar Pelangi, Belitung.

Published

on

Pertama kali mendengar Pulau Belitung mungkin ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang kurang mengetahui tentang tempat ini.
Jika anda yang pernah menonton filem Laskar Pelangi pasti tahu pulau ini. kesemua lokasi penggambaran dan scene atau view filem tersebut memang sangat-sangat cantik, tenang dan damai sahaja.
Baru-baru ini seorang wanita mencadangkan tiket murah ke Pulau Belitung serendah RM150 sahaja. Tidak ramai pelancong yang mengetahui tempat ni kerana lapangan terbang baru dibuka. Drama Kekasih Paksa Rela lakonan Mira Filzah dan Remy Ishak juga dilakonkan di sini.
 

Keistimewaan Pulau Belitung

 

Pulau Belitung adalah sebuah pulau yang terletak di pantai timur Sumatera, Indonesia. Apa yang menariknya, di Pulau Belitung itu sendiri, terdapat ratusan pulau-pulau yang kecil yang kita boleh lihat dari dalam pesawat.

Diberi gelaran Belitung adalah salah satu nama “Siput Laut”  . Ia juga menyerupai kepala manusia yang dimana terdapat sebuah lagenda yang mengatakan pulau ini adalah bahagian utara Pulau Bali yang terputus dan hanyut.

Anda yang pernah menonton filem Laskar Pelangi pasti tahu pulau ini. Pulau ini sangat sinonim dengan cerita Laskar Pelangi yang pernah popular di Indonesia pada 2008.

Jika dilihat, kesemua lokasi penggambaran dan scene atau view filem tersebut memang sangat-sangat cantik, tenang dan damai .

Tempat Menarik untuk OOTD

Bukan hanya disebabkan permandangannya sahaja, tetapi Belitung juga banyak port bergambar untuk dipaparkan di laman sosial. Jadi, jangan lupa ambil gambar ootd yang banyak.

Selain itu, anda boleh juga bertandang ke pulau-pulau indah seperti Pulau Pasir, Pulau Batu Burung Garuda, Pulau Leebong dan Pulau Batu Berlayar. Tourists juga boleh meneroka pengalaman taman geo yang unik di lokasi tarikan alam semulajadi seperti Gua Kelayang, Lombong Terbuka Kelapa Kampit, Pusat Konservasi Penyu Pulau Kepayang atau Air Terjun Gurok Beraye.

Peminat fotografi harus meninjau ke Danau Kaolin, sebuah tasik yang indah dengan perairan lautan biru dan mineral putih, atau Muzium Kata Andrea Hirata, sebuah muzium sastera yang dihiasi dengan warna pelangi.

 

Menikmati Permandangan Matahari Terbit dan Terbenam

Pulau Belitung, terdapat pelbagai aktiviti yang boleh disertai oleh anda dari island hopping dan snorkeling, malahan anda juga boleh menghayati semangat kehidupan Laskar Pelangi’ di daerah Belitung Timur.

Untuk menikmati suasana matahari terbenam, Inilah tempatnya iaitu Pantai Tanjung Pendam. Pantai ini bukan tempat mandi-manda, air lautnya pun surut sahaja. Ianya sangat sesuai untuk anda mengambil gambar bertemankan suasana yang tenang tanpa gangguan.

Percutian 3 hari anda di Pulau Belitung pasti akan menjadi satu percutian yang berbaloi, lebih-lebih lagi apabila anda bersama keluarga yang tercinta.

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending