Connect with us

Foodie

Saintis dedah minuman Kimchi boleh rawat masalah rambut gugur

Published

on

Sebut sahaja Kimchi, memang terbayang kelazatan sayur yang diperap dengan ramuan istimewa sehingga menjadi hidangan popular orang Korea.

Terbaru, saintis mereka menerusi kajian menyatakan bahawa hidangan tersebut boleh mengurangkan masalah keguguran rambut ataupun botak.

Menerusi laporan Daily Mail, hidangan terdiri daripada kobis, lobak, garam, serbuk cili dan pelbagai lagi bahan itu mengandungi probiotik sesuai bagi mereka yang pentingkan mengenai kesihatan.

Semua bermula apabila hasil kajian menunjukkan sejenis minuman Kimchi dapat membantu melebatkan rambut serta menggalakkan pertumbuhan rambut baru dalam masa yang singkat.

Sekumpulan saintis dari Universtiti Dankook telah mengkaji seramai 23 lelaki dimana sebilangan mereka mengalami masalah keguguran rambut manakala sebahagian yang lain pula hampir botak.

Selama tempoh yang ditetapkan, semua calon terbabit diminta untuk meminum Kimchi sebelum sarapan dan sebelum tidur.

Selepas sebulan, purata bilangan rambut calon meningkat daripada kira-kira 85 helai untuk setiap satu sentimeter persegi kepada 90 helai dan bertambah kepada 92 helai selepas empat bulan.

Para saintis berkata, ia merupakan peningkatan ketara sekaligus dapat membendung masalah keguguran rambut yang dihadapi orang ramai.

Sumber : Daily Mail

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending