Connect with us

Foodie

Rupa-rupanya bukan McD je yang ada burger Nasi Lemak, Marrybrown dah lama ada. Ini perbezaannya

Published

on

Ramai yang tidak tahu bahawa sebenarnya idea bagi Burger Nasi Lemak ini telah pun dikeluarkan oleh Marrybrown terlebih dahulu sebelum McDonalds. Ada beberapa jenis perbandingan dilakukan oleh mereka di luar sana yang merupakan peminat setia Marrybrown.

Jadi korang nak tahu apa yang dibandingkan antara dua burger Nasi Lemak ini?

Packaging

Seperti yang kami beritahu sebentar tadi, jikalau McD datang dengan design kotak yang diinspirasikan daripada pembungkusan Nasi Lemak, MCD memang akan win. Jadi, title design kotak terbaik setakat ini dijulang oleh Marrybrown. Kenapa?

Material yang digunakan oleh Marrybrown ala-ala kebanyakan pembungkus Nasi Lemak tepi jalan iaitu kertas minyak menampakkan dia unik dan lebih “mesra” mata memandang seakan ia adalah Nasi Lemak yang sebenar.

Berbanding dengan design kotak burger Nasi Lemak McD, ianya seperti kotak biasa dan tiada keistimewaan lain selain warna kotaknya yang diambil daripada daun pisang saja.

Apa pendapat korang mengenai kotaknya?

Portion

Daripada segi saiz hidangan pula, burger Marrybrown berjaya menandingi McDonalds kerana ianya lebih besar.

Kentang goreng

Bagi set Burger Nasi Lemak dari kedua-dua buah restoran makanan segera ini, ianya masih belum sempurna dan perlu diperbaiki lagi. Kalau nak ikut kelebihan, Marrybrown ada markah bonus sikitlah. Effort dari segi inovasi untuk sosnya di mana kentang goreng Marrybrown disalut dengan sambal, mayonis dan kacang goreng.

Berbanding dengan McD, mereka cuma menghidangkan kentang goreng sama seperti set-set yang lain.

Minuman

Bagi minuman pula, McD cuma memberikan minuman 100 Plus sahaja. Manakala, Marrybrown pula, minuman yang diberikan adalah Fanta Strawberry.

Lagi best kalau dua-dua syarikat ini boleh come out dengan idea yang lebih menarik seperti promosi Burger Samurai ada air Sakura Mcfizz.

Jadi Burger Nasi Lemak pula?

Sambal

Sambal Nasi Lemak Marrybrown memang win! Rasa asli sambal Nasi Lemak sangat terasa di dalam burger. Ditambah pula dengan telur rebus dan timun yang segar. Baru datang feel makan Nasi Lemak yang sebenar.

Manakala, sambal pada burger Nasi Lemak McD rasanya kurang sedikit. Sekali imbas boleh terbayang makan roti Gardenia sambal bilis. Murah pun murah juga.

Maka, bolehlah McDonald perlahan-lahan cari resepi sambal yang lebih baru untuk diimplimentasikan pada Burger Nasi Lemak yang akan datang.

Jadi apa pendapat korang tentang dua burger Nasi Lemak ini? Marrybrown atau Mc Donalds?

Sumber : @memellyna94

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending