Travel
Rollercoaster tergelincir dari landasan, dua disahkan maut!
Sebut sahaja rollercoaster pasti ada yang berasa teruja dan seronok tidak kurang juga kecut perut kerana takut menaikinya.
Anda semestinya boleh bayangkan menaikinya yang bergerak laju, berputar di landasannya yang tinggi dan turun menjunam yang pasti membuatkan perasaan anda bercampur aduk.
Namun baru-baru ini, telah tular di laman Twitter mengenai insiden ngeri yang melibatkan rollercoaster di sebuah taman tema Feria de Chapultepec di Miguel Hidalgo, Mexico.
"Madre Santísima" grita mujer al ser testigo de FATAL ACCIDENTE en juego mecánico de #Chapultepec! pic.twitter.com/Jezt1jBlQy
— Jerrx Galicia (@JerrxG13) September 28, 2019
Vídeo en slow motion o cámara lenta de cómo se descarriló el juego en la #FeriaDeChapultepec #AlMomento #Viral #Feria #chapultepec pic.twitter.com/VS1PzJwCZt
— Óscar Nolasco (@oscarinnolasco) September 28, 2019
Tergelincir dari landasan
Rakaman detik cemas itu telah tular di media sosial yang memaparkan gerabak terakhir rollercoaster itu tergelincir keluar dari landasan ketika bergerak dengan laju menuruni trek.
Punca kejadian disahkan kerana gerabak terakhir terlanggar struktur logam yang juga merupakan sebahagian daripada permainan itu.
Pengunjung maut dan tercedera
Akibat kejadian itu, pengunjung malang yang menaiki rollercoaster itu tercampak keluar dari kerusi dan jatuh ke tanah. Insiden ini telah meragut dua nyawa pengunjung yang menaiki dan terdapat dua lagi tercedera.
Insiden itu telah menimbulkan rasa panik di kalangan pengunjung lain dan pasukan penyelamat perubatan bergegas ke lokasi kejadian.
Pihak pengurusan taman teman luah rasa kesal
Justeru itu, pihak pengurusan taman teman tersebut meluahkan rasa kesal atas insiden yang tidak diingini itu dan mengucapkan takziah serta simpati kepada keluarga mangsa yang terlibat.
Sumber : Jerrx Galicia , La Feria de Chapultepec
-
Travel4 years ago
Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi
-
Foodie4 years ago
Khas untuk si ‘single’ ! Restoran Johor buat perkhidmatan carikan teman makan bersama
-
Foodie4 years ago
Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’
-
Foodie3 years ago
Giliran Malaysia pula, Hello Kitty Carrier bakal dijual pada 27 November di McDonald’s
-
Travel3 years ago
Kain ditenun penduduk, Garuda Indonesia perkenal uniform baru
-
Foodie4 years ago
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
-
Channel4 years ago
Roti Tsunami Pak Ali, Pantai Dalam Kuala Lumpur
-
Travel3 years ago
18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan
You must be logged in to post a comment Login