Travel
“RM1,200 semalam!” – Harga hotel di Kota Kinabalu paling mahal di Malaysia
Seperti sedia maklum, Sabah adalah sebuah negeri yang kaya dengan keindahan alam semula jadi, seperti pantai, gunung dan hutan simpan. Sudah semestinya negeri itu menjadi destinasi popular dalam kalangan pelancong tempatan dan asing.
Selain itu, difahamkan juga Sabah telah mencatatkan bilangan kemasukan pelancong tertinggi di Malaysia iaitu seramai 3.8 juta pada tahun lepas.
Wow! 3.8 juta
Menurut laporan Sin Chew Daily, hotel di Kota Kinabalu adalah yang termahal di Malaysia selepas mengalami peningkatan sebanyak 10 hingga 15% dan harga hotel yang bertaraf empat dan lima bintang boleh melebihi RM1,200 untuk semalam.
Kemasukan pelancong yang terlalu ramai membuatkan rata-rata hotel dipenuhi hampir 80%, terutamanya pelancong dari China yang gemar ke kawasan Pantai Barat dan Semporna, Sabah.
Selain permintaan (demand) yang tinggi menjadi punca peningkatan harga hotel, kenaikan gaji minimum pekerja dan kekurangan tenaga kerja juga menjadi salah satu sebab peningkatan tersebut.
“Kami menggalakkan orang ramai membuat tempahan melalui atas talian, untuk mendapatkan harga yang lebih murah”, ujar seorang pekerja di sebuah hotel 4 bintang apabila ditemu ramah.
Tambahan lagi, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Christina Liew mengatakan bahawa pihak Kementerian sedang bergiat menarik pelabur berpotensi dalam bidang hospitaliti.
Beliau juga memberitahu bahawa beberapa hotel terkemuka telah memulakan pembinaan di Sabah manakala sebahagian lagi masih dalam peringkat perbincangan.
Pengerusi Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Sabah (SATTA), Datuk Seri Winston Liaw turut memberi pandangan bahawa kerajaan patut mengiktiraf Airbnb kerana ia boleh menyelesaikan isu kekurangan tempat penginapan dan membantu pembangunan sektor hartanah tempatan untuk jangka masa panjang.
Sumber: Sin Chew Daily
-
Travel5 years ago
Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi
-
Foodie4 years ago
Khas untuk si ‘single’ ! Restoran Johor buat perkhidmatan carikan teman makan bersama
-
Foodie5 years ago
Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’
-
Foodie4 years ago
Giliran Malaysia pula, Hello Kitty Carrier bakal dijual pada 27 November di McDonald’s
-
Foodie5 years ago
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
-
Travel4 years ago
Kain ditenun penduduk, Garuda Indonesia perkenal uniform baru
-
Travel4 years ago
18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan
-
Channel5 years ago
Roti Tsunami Pak Ali, Pantai Dalam Kuala Lumpur
You must be logged in to post a comment Login