Foodie
Resipi Ais Lemon Pudina & Ais Lemon Pudina Laici Asam Boi untuk buka puasa, kalau jual mesti laku keras!
Sempena dengan bulan Ramadhan ini, sudah semestinya orang ramai berpusu-pusu berkunjung ke bazaar ramadhan untuk membeli juadah makanan dan minuman untuk berbuka puasa.
Antara menjadi tumpuan ramai ialah gerai yang menjual minuman kerana mereka menyediakan pelbagai jenis minuman yang boleh membuatkan orang ramai kecur air liur.
Dengan ini, seorang wanita yang dikenali sebagai Nur Hanisah Kamaluddin turut mengambil kesempatan ini untuk berkongsi resipi minumannya iaitu Ais Lemon Pudina dan Ais Lemon Pudina Laici Asam Boi.
Lega tekak lepas minum, confirm!
Bahan2

Antara bahan-bahan yang perlu disediakan untuk sukatan 1 balang air ialah daun pudina berharga RM2.00, 4 biji lemon, Sunquick 100 gram, serbuk Asam Knorr 100 gram dan air gula 1 liter.
Ini cara-cara nak buat…
- Anda perlu memotong 4 biji lemon. Kemudian, kisar 3 biji lemon dengan menggunakan 2 liter air.
- Kisar lemon tersebut dan tapis.
- Selepas tapis, masukkan serbuk Asam Knorr, Sunquick dan air panas 1 liter. Kacau sehingga rata.
- Seterusnya, anda boleh letak 1 liter air gula ke dalam minuman tersebut.
- Akhir sekali, masukkan air batu, pati air lemon, air masak, 1 biji hiris lemon dan daun pudina.
Ais Lemon Pudina siap!
Ais Lemon Pudina Laici Asam Boi
Ais Lemon Pudina Laici Asam Boi pula, Nur Hanisah asingkan buah laici dan asam lalu dibungkus sebanyak 15 hingga 2o plastik sahaja. Minuman tersebut juga boleh disediakan dalam balang, mengikut kehendak masing-masing.
Sumber: Nur Hanisah Kamaluddin
-
Travel5 years ago
Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi
-
Foodie4 years ago
Khas untuk si ‘single’ ! Restoran Johor buat perkhidmatan carikan teman makan bersama
-
Foodie5 years ago
Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’
-
Foodie4 years ago
Giliran Malaysia pula, Hello Kitty Carrier bakal dijual pada 27 November di McDonald’s
-
Foodie5 years ago
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
-
Travel4 years ago
Kain ditenun penduduk, Garuda Indonesia perkenal uniform baru
-
Travel4 years ago
18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan
-
Channel5 years ago
Roti Tsunami Pak Ali, Pantai Dalam Kuala Lumpur
You must be logged in to post a comment Login