Connect with us

Foodie

Resipi Ais Lemon Pudina & Ais Lemon Pudina Laici Asam Boi untuk buka puasa, kalau jual mesti laku keras!

Published

on

Sempena dengan bulan Ramadhan ini, sudah semestinya orang ramai berpusu-pusu berkunjung ke bazaar ramadhan untuk membeli juadah makanan dan minuman untuk berbuka puasa.

Antara menjadi tumpuan ramai ialah gerai yang menjual minuman kerana mereka menyediakan pelbagai jenis minuman yang boleh membuatkan orang ramai kecur air liur.

Dengan ini, seorang wanita yang dikenali sebagai Nur Hanisah Kamaluddin turut mengambil kesempatan ini untuk berkongsi resipi minumannya iaitu Ais Lemon Pudina dan Ais Lemon Pudina Laici Asam Boi.

Lega tekak lepas minum, confirm!

Bahan2

Antara bahan-bahan yang perlu disediakan untuk sukatan 1 balang air ialah daun pudina berharga RM2.00, 4 biji lemon, Sunquick 100 gram, serbuk Asam Knorr 100 gram dan air gula 1 liter.

Ini cara-cara nak buat…

  1. Anda perlu memotong 4 biji lemon. Kemudian, kisar 3 biji lemon dengan menggunakan 2 liter air.
  2. Kisar lemon tersebut dan tapis.
  3. Selepas tapis, masukkan serbuk Asam Knorr, Sunquick dan air panas 1 liter. Kacau sehingga rata.
  4. Seterusnya, anda boleh letak 1 liter air gula ke dalam minuman tersebut.
  5. Akhir sekali, masukkan air batu, pati air lemon, air masak, 1 biji hiris lemon dan daun pudina.

Ais Lemon Pudina siap!

Ais Lemon Pudina Laici Asam Boi

Ais Lemon Pudina Laici Asam Boi pula, Nur Hanisah asingkan buah laici dan asam lalu dibungkus sebanyak 15 hingga 2o plastik sahaja. Minuman tersebut juga boleh disediakan dalam balang, mengikut kehendak masing-masing.

Sumber: Nur Hanisah Kamaluddin

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending